Anda Sebenarnya Boleh Letak Gambar Sendiri Pada Setem Pos Malaysia, Ini Caranya
Semuanya kini boleh dijadikan sebagai setem di Pos Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, anda sebenarnya boleh menjadikan wajah sendiri ataupun gambar kenangan sebagai setem?
Tidak kiralah wajah orang yang tersayang, keluarga mahupun haiwan peliharan, semuanya boleh dijadikan sebagai setem di Pos Malaysia.
Menerusi perkhidmatan yang dipanggil Individual Setem Ku ini, anda boleh mengabadikan momen-momen istimewa seperti hari lahir, tamat pengajian dan juga ucapan persaraan kepada sebuah setem sebenar.

Berikut ialah cara untuk menyesuaikan reka bentuk anda sendiri:
Langkah 1: Pilih template
Pilih daripada pelbagai reka bentuk dalam talian di laman web Pos Malaysia. Mereka menyediakan reka bentuk seperti bunga, hati, tema sambutan dan pelbagai lagi.
Langkah 2: Pilih gambar
Muat naik imej yang anda ingin tampilkan. Inilah masanya untuk anda menjadi ikonik. Potret haiwan peliharaan? Amat digalakkan.
Langkah 3: Sunting dan periksa
Sunting imej mengikut kesesuaian dan periksa bagaimana anda mahu seteam tersebut dihasilkan sebelum disahkan.
Langkah 4: Bayar dalam talian
Sahkan pesanan anda dan daftar keluar.




Selepas itu, Pos Malaysia akan mencetak setem dipesan dan menghantarnya terus ke depan pintu rumah anda
Harga yang ditawarkan adalah antara RM19 hingga RM25 setiap helaian, dengan setem 60 sen tersedia dalam format A5 (separuh A4) atau 8R.
Dan sudah semestinya, ia merupakan setem yang berfungsi sepenuhnya. Bukan sekadar untuk kenangan semata malah sebenarnya boleh digunakan untuk urusan sebenar.
Jika berminat, anda boleh membuat pesanan di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 