Anda June Babies? Jangan Lupa Dapatkan Aiskrim Free Dekat FamilyMart Yang Terdekat!
Benda free rugi kalau tak claim! 😛
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda meraikan hari lahir pada bulan ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke mana-mana FamilyMart dan manjakan diri anda aiskrim yang lazat secara percuma!
Bulan ini, FamilyMart menjadikannya lebih istimewa untuk sesiapa sahaja yang lahir pada Jun dengan menawarkan Birthday Sofuto.
Aiskrim hijau ini boleh dituntut di mana-mana cawangan FamilyMart di seluruh negara!
Haa, agak-agak apa perisa sofuto percuma yang kita sebutkan ini?
Yang pastinya, ia adalah perisa aiskrim baru FamilyMart yang unik iaitu Matcha Strawberry Sofuto!
Berikut adalah cara untuk dapatkan aiskrim percuma anda:
Pertama sekali, anda perlu menuntut hadiah istimewa ini melalui Aplikasi FamilyMart.
Daftar untuk menjadi Ahli FamilyMart di sini.
Baucar boleh digunakan untuk menebus sebarang perisa sofuto bernilai sehingga RM3.90 untuk kon atau RM4.90 untuk cawan Sundae, bergantung pada stok tersedia.
*Baucar hanya boleh digunakan semasa bulan hari lahir anda.
Image via FamilyMart Malaysia (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 