Anda Bakal Mengundi Esok? Kami Sediakan 7 ‘Checklist’ Berguna Untuk Semua
Satu hari je lagi guys!
Cover image via AFP: Mohd RasfanTarikh mengundi iaitu 9 Mei kini semakin hampir! Ramai yang mula sibuk memikirkan tentang perkara yang perlu dilakukan menjelang hari mengundi nanti.
Jangan risau, kami menyediakan beberapa tips berguna untuk anda sempena #PRU14 di bawah:
Image via Malay Mail
1. Tidur awal pada malam sebelum hari mengundi
Image via Medical Daily
Anda mungkin akan menggunakan tenaga yang banyak pada hari mengundi nanti. Jadi, semua pengundi disarankan untuk tidur awal serta dapatkan rehat yang secukupnya.
2. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan (IC) pada hari mengundi!
Image via MyNewsHub
Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan diri (IC) anda pada hari mengundi. Tempat mengundi akan dibuka bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei nanti. Gunakan masa yang diberikan dengan baik untuk buang undi ya!
3. Pakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata dan jangan lupa bawa payung! Takut cuaca tidak menentu.
Image via Lobak Merah
Jangan lupa juga untuk memakai kasut yang selesa kerana anda mungkin akan berada dalam barisan yang panjang dan memakan masa yang lama.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan bahawa tiada peraturan dress-code akan dikenakan ke atas pengundi. Namun, pengundi akan dihalang memasuki dewan undi jika mereka didapati memakai apa-apa jenis pakaian atau kelengkapan yang memaparkan nama calon, simbol parti politik atau logo pada hari mengundi.
4. Bawa air minuman untuk anda kekal hidrat sepanjang hari. Menunggu giliran boleh memakan masa yang lama di dewan undi.
Image via Reader's Digest
Cuaca ketika hari mengundi nanti mungkin akan menjadi lebih panas kerana anda akan berhadapan dengan ramai orang di dewan undi. Oleh itu, jangan lupa untuk bawa air minuman masing-masing ya!
5. Dah selesai mengundi? Anda boleh pergi ke tempat-tempat ini dan tuntut reward untuk diri sendiri!
Image via Sinar Harian
Selepas melunaskan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia dengan mengundi dalam #PRU14, anda bolehlah beri ganjaran untuk diri sendiri.
Pada hari tersebut, terdapat banyak kedai yang menawarkan servis serta diskaun kepada pengundi yang telah menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Jom kita check out apa yang ditawarkan di sini.
6. Penat selepas mengundi? Anda boleh duduk di rumah dan dapatkan semua maklumat dan update terkini hanya di hujung jari.
Macam mana?
Image via SAYSGE14
7. Jangan cepat percaya tentang mesej yang dihantar tanpa mengesahkan kesahihannya
Image via The Sun
Emosi setiap individu akan berubah pada hari mengundi nanti. Namun, anda sebagai individu yang bertanggungjawab disarankan untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebarkan melalui media sosial.
Pastikan anda semak terlebih dahulu tentang maklumat yang disebarkan itu sama ada sahih atau tidak.
Sebelum itu, anda boleh tonton klip video ini jika ada maklumat yang anda tidak pasti dengan kesahihannya:
SATU HARI SAHAJA LAGI!
Macam mana? Anda sudah bersedia untuk keluar mengundi? 🙂

