[SHARE] Mengapa Anak Pertama Sebenarnya Anak Terindah Dan Paling Istimewa?
Anak itu adalah anugerah, amanah dan ujian dari Allah SWT.
Cover image via Noor Laila Aniza Binti Zakaria/FacebookAnak adalah satu anugerah dan amanah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Kelahirannya juga boleh dianggap satu ujian untuk pasangan yang mendambakan kebahagiaan dalam melayari bahtera perkahwinan.
Mungkin bagi yang sudah berkahwin, perasaan saat pertama kali menimang cahaya mata adalah satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Lahirnya satu tubuh berserta roh baru untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan berumah tangga.
Bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang agak mengabaikan anak pertama setelah melahirkan anak yang kedua dan seterusnya. Ya, mungkin kita sendiri tidak sedar tapi kita telah melakukannya.
Image via Instagram @fynnjamal
Ketahuilah bahawa anak pertama itu adalah anugerah terindah dan istimewa buat pasangan berumah tangga. Apa sebabnya? Mari kita ikuti nukilan Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria yang menceritakan keistimewaan anak pertama.
Image via Noor Laila Aniza Binti Zakaria/Facebook
Menurut Ustazah Noor Laila, ajarilah anak mengenai tauhid, takut dan beriman kepada Allah SWT. Pujuk, tegur, dan doakanlah mereka dengan kasih sayang.
Image via Noor Laila Aniza Binti Zakaria/Facebook
"Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata…. Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah"
Image via Noor Laila Aniza Binti Zakaria/Facebook


