Anak Pertama Di UTM, Anak Kedua Di UKM, Ibu Tunggal Jual Burger Sampai 1 Pagi Demi Sara 5 Anak
Menurutnya, suaminya hilang tanpa kesan.
Cover image via @zackmerican (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Kasihnya ibu membawa ke syurga"
Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari dahulu iaitu cerminan cinta sejati seorang ibu yang tidak pernah pudar.
Perjuangan seorang ibu demi membesarkan anak-anak adalah satu perjuangan yang sangat indah dan tak boleh dijual beli.
Begitulah juga seperti seorang ibu tunggal di Ipoh yang tular videonya baru-baru ini, tidak lelah bekerja dari pagi sampai ke tengah malam demi membesarkan lima orang anak tersayang.
Pagi di kantin sekolah, petang sehingga tengah malam di tepi jalan berniaga burger

Video yang dikongsi oleh zackmerican di Instagram itu telah menyentuh hati ramai pihak mendengar kisah ibu tunggal tersebut melalui perbualan mereka berdua.
Menurut wanita itu, dia membuat dua kerja sehari yang mana pada sebelah pagi dia bekerja di kantin sekolah, kemudian pada sebelah petang dia akan berniaga burger seorang diri, setiap hari.
Kerja keras demi menampung anak-anak yang masih belajar di universiti awam dan sekolah

Dalam perbualan tersebut, dia memberitahu bahawa anak-anaknya masih belajar. Seorang berada di UTM Skudai, seorang lagi di UKM Bangi, anak ketiganya kini menyambung pengajian dalam bidang TVET di Lumut dan lagi dua anaknya masih bersekolah.
Apabila ditanya mengenai suaminya, wanita ini memberitahu bahawa suami pertamanya sudah meninggal dunia dan suami keduanya dikatakan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
"Suami pertama dah meninggal dunia, suami kedua ni hilang dari radar," katanya bersahaja sambil tertawa.
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



