Anak Pasangan Suami Isteri Tunggang Motosikal Dirempuh Nissan Navara Mahu Tuntut Keadilan

Difahamkan, salah seorang mangsa masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keluarga kepada pasangan suami isteri yang cedera parah dirempuh Nissan Navara baru-baru ini akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap pemandu pacuan empat roda terbabit

Menerusi laporan Kosmo!, anak kepada mangsa, Farah Natasya Faizal, 25, berkata keadilan ke atas ibu bapanya masih perlu ditegakkan walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pemandu berkenaan.

Menurutnya, seluruh keluarga tetap menghormati keputusan mahkamah dalam masa yang sama pihaknya sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan peguam bagi mengenal pasti tindakan yang boleh dibuat.

"Kami tidak akan berdiam diri dan akan menuntut keadilan. Pada masa ini, kami sedang mengumpul dokumen-dokumen termasuk bukti dan saksi untuk kes ini.

"Kami juga akan mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh pemandu yang mendakwa motosikal ditunggang ibu bapa saya memasuki laluan kenderaan itu sebelum dirempuh secara tiba-tiba," katanya.

Anak kepada mangsa, Farah Natasya Faizal.

Image via Buletin TV3

Ibunya masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri

Menurut Farah Natasya, ibunya, Suhailiza Shamsuddin, 49, masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala bapanya Faizal Mat, 53, dibenarkan keluar dari hospital semalam.

"Bagi ayah saya, luka di kakinya perlu dipantau dengan sangat rapi kerana dia menghidap diabetes, saya bimbang ia akan menjadi lebih teruk.

"Ibu saya sihat sahaja sebelum ini. Apabila saya melihat keadaannya sekarang, memang membuatkan saya terkilan," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 terhadap pemandu Nissan Navara berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: