Anak Kerap Kalih Sebelah Arah Kalau Nak Fokus Tengok Sesuatu, Boleh Jadi Punca ‘Lazy Eyes’
Rupa-rupanya ramai yang jadi macam ini juga masa kecil dulu.
Cover image via @nuridamocha (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi keadaan mata anaknya yang kerap menoleh hanya ke sebelah arah jika ingin fokus melihat sesuatu telah meraih perhatian ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nuridamocha di TikTok, wanita berkenaan berkata dia mula perasan simptom itu pada anaknya sejak berumur tiga tahun lagi.
"Kami selalu perasan Sansa selalu buat macam ni kalau nak fokus. Lama-lama makin menjadi pulak. So kami decided pergi jumpa pakar mata," katanya.
Image via @nuridamocha (TikTok)
Image via @nuridamocha (TikTok)
Doktor saran anak pakai cermin mata, elak jadi juling atau mata malas
Selepas membuat pemeriksaan dengan doktor pakar mata, wanita itu memberitahu anaknya disaran untuk memakai cermin mata supaya dapat kurangkan simptom tersebut.
"Sebab jika tidak rawat, Sansa mungkin akan dapat mata juling atau mata malas," katanya lagi.
Image via @nuridamocha (TikTok)
Image via @nuridamocha (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


