Anak Kena Buli Di Sekolah? Ini Tindakan Wajib Ibu Bapa Perlu Lakukan
Jangan pandang remeh isu buli.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak beberapa tahun lalu, kes buli yang melibatkan pelajar dilihat semakin kerap berlaku sehinggakan ada kes yang membawa kepada maut
Salah satu kes buli yang menggemparkan seluruh negara adalah mengenai kes arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang Pegawai Kadet Laut UPNM yang mati dibunuh dengan kejam oleh 6 penuntut di institusi terbabit dengan menggunakan seterika wap.
Terbaru, negara digemparkan dengan pemergian seorang pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir yang ditemui mati di dalam longkang berhampiran bangunan asrama perempuan di sebuah sekolah di Papar, Sabah.
Kes masih dalam siasatan tetapi ramai yang mula mendakwa kes kematian tersebut mungkin berpunca dari kes buli.
Sekiranya buli berlaku kepada anak-anak anda, apa yang perlu anda lakukan?
Apabila anak pulang dari sekolah dalam keadaan murung atau mula menunjukkan perubahan tingkah laku, jangan ambil mudah. Buli di sekolah sama ada secara fizikal seperti ditolak, dipukul, atau secara emosi seperti diejek, diasingkan atau dihina boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keyakinan diri dan kesihatan mental kanak-kanak.
Berikut langkah-langkah penting yang boleh diambil oleh ibu bapa jika anak mengadu dibuli:
1. Dengar dengan tenang dan beri anak ruang bercerita
Elakkan terus menyoal atau menyalahkan. Tumpu pada mendengar.

Gambar sekadar hiasan
Image via mypositiveparenting.orgAnak mungkin mengambil masa sebelum berani bersuara. Jadi apabila mereka akhirnya mengadu, pastikan ibu bapa menunjukkan empati, tidak terus memotong percakapan, dan elakkan reaksi melampau. Ini akan bantu anak rasa selamat dan lebih terbuka untuk berkongsi.
2. Tunjukkan sokongan tanpa meremehkan pengalaman mereka
Walau sekecil mana pun kejadian, jangan anggap ia 'biasa' atau 'hal budak-budak'.

Gambar sekadar hiasan
Image via MajoritiMesej seperti "biasalah tu, budak lelaki memang kasar" boleh buat anak rasa tidak didengari. Sebaliknya, tekankan bahawa mereka berhak rasa selamat di sekolah dan tindakan membuli itu salah.
3. Catat butiran kejadian dan kumpulkan bukti jika ada
Senaraikan siapa, bila, di mana dan bagaimana buli itu berlaku.

Gambar sekadar hiasan
Image via leaderonomics.comMaklumat ini sangat berguna sekiranya perlu dibawa kepada pihak sekolah. Kalau ada lebam, koyak pakaian, atau mesej teks berkaitan, simpan sebagai bukti.
4. Hubungi guru kelas atau pihak sekolah secepat mungkin

Gambar sekadar hiasan
Image via mypositiveparenting.orgLaporkan kepada pihak berautoriti yang boleh ambil tindakan di peringkat sekolah.
Elakkan konfrontasi terus dengan pembuli atau ibu bapa mereka. Sebaliknya, aturkan pertemuan dengan guru kelas, guru disiplin, atau kaunselor sekolah untuk nyatakan kebimbangan dan serahkan maklumat yang dikumpul.
5. Pantau perkembangan anak dan dapatkan bantuan profesional jika perlu
Jangan andaikan semuanya selesai selepas laporan dibuat.

Gambar sekadar hiasan
Image via trevoPerhatikan perubahan emosi dan tingkah laku anak selepas tindakan diambil. Jika mereka masih menunjukkan tanda kemurungan, takut ke sekolah, atau trauma, pertimbangkan untuk berjumpa kaunselor atau pakar psikologi kanak-kanak.
6. Lindungi, bukan overprotect
Bimbing anak bagaimana untuk tangani situasi tanpa terus 'melindungi' mereka daripada semua cabaran.

Gambar sekadar hiasan
Image via MajoritiPeranan ibu bapa bukan sekadar 'menyelamatkan' anak setiap kali berlaku masalah, tapi membina daya tahan dan keberanian mereka. Ajarkan anak cara tetapkan sempadan, bercakap dengan guru, dan kenal pasti siapa orang dewasa dipercayai di sekolah.
Kesimpulannya, tindakan awal dan pendekatan empati daripada ibu bapa boleh membuatkan anak rasa lebih yakin dan selamat.
Jangan tunggu hingga keadaan jadi serius sebab buli bukan perkara kecil, dan setiap anak berhak ke sekolah tanpa rasa takut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



