Anak Istimewa Menari Semasa Selawat, Reaksi Dua Lelaki Tahan Gelak Ini Pula Raih Perhatian
Haa, siapa gelak berdosa!
Cover image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sedia tahu, bukan sahaja dalam Islam saja malah agama lain juga mewajibkan kita untuk menyayangi anak-anak istimewa
Hal ini kerana, anak-anak istimewa termasuk dalam golongan OKU di mana mereka tidak dapat menjalankan kehidupan dan berfikir seperti manusia normal. Jadi, telatah mereka ini sering kali mencuit hati ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi dua orang lelaki yang menahan gelak melihat seorang anak istimewa menari telah membuatkan netizen terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tahan gelak tengok anak istimewa menari sampai tak fokus main kompang
Menerusi video yang dikongsi oleh @nescafe_ais_ikat_tepi, kelihatan sekumpulan lelaki sedang mengalunkan selawat di sebuah majlis keagamaan.
Terdapat seorang anak istimewa yang turut ada di situ. Tanpa mengetahui apa-apa, dia menari apabila mendengar alunan selawat tersebut.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dua orang lelaki yang sedang bermain kompang di situ bersungguh-sungguh cuba menahan ketawa. Mereka berdua dilihat hampir hilang fokus dengan telatah anak istimewa itu.
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
"Kembang kempis hidung dua abang tu tahan ketawa. Comel ahh" – Netizen
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Image via @nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)
Abang-abang ni memang buat hal betul. Tapi nampaklah tengah struggle nak tahan gelak tu 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

