Anak Arwah Pengasas Dnars Dipuji Warganet Jemput Orang Ramai Hadir Ke Majlis Perkahwinan
Difahamkan, lebih 5,000 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anak arwah pengasas Dnars Skincare itu.
Cover image via Izmer Mustapha (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim Jasman sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Farez Zuhaily
Majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini berlangsung di Tumpat, Kelantan dalam suasana penuh meriah turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, saudara mara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Turut hadir, para pelanggan dan pengguna produk Dnars disamping pengikut di media sosial dan masyarakat setempat.
Majlis yang berlangsung pada 25 April ini menyaksikan detik-detik indah pasangan pengantin diraikan dengan penuh kemesraan dan kasih sayang oleh tetamu yang hadir.
Pempengaruh terkenal, Izmer Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abang Lal Senok Perut memuji anak kepada Allahyarhmah Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk penjagaan wajah, Dnars Skincare ini kerana mengadakan kenduri perkahwinannya secara sederhana di rumah arwah ibunya.
Menerusi posting di laman Facebook beliau, Izmer berkata, walaupun mampu untuk buat majlis gempak di hotel, keluarga pengantin memilih untuk mengadakan majlis di kediaman arwah ibunya sahaja.
Menurut beliau lagi, satu perkara yang harus dipuji adalah keluarga pengantin menjemput tetamu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
"Beliau menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk Datin. Malah layanan yang diberikan sama rata," ujarnya.
Image via Izmer Mustapha (Facebook)
Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi positif diberikan oleh netizen
"Macam ni baru betul. Yang support bisnes ni kebanyakan orang biasa," tulis Neesa Roslan.
"Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan," komen Nik Yah Nik Mood dalam posting tersebut.
Untuk rekod, majlis kenduri pernikahan Irdina Hakim, 22 tahun dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23 tahun berlangsung dengan dihadiri lebih kurang 5,000 tetamu.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan mengatakan seolah-olah melihat wajah Irdina persis arwah ibunya.
Difahamkan, sehingga kini gambar-gambar dan video di media sosial menerima ribuan tanda suka daripada warganet.
Image via Izmer Mustapha (Facebook)
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


