Amy Search Failkan Laporan Polis Ke Atas Shila Amzah – Peguam
Difahamkan, Shila Amzah telah melakukan laporan polis terlebih dahulu berhubung isu yang tular pada Khamis lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi legenda tanah air, Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah berhubung isu yang tular baru-baru ini
Menerusi laporan Buletin TV3, Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengesahkan perkara itu dan memberitahu anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, malam tadi.
"Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan polis dibuat Amy, malam tadi.
"Ya ada (laporan polis), tapi lebih kepada 'covering report' dan penafian, laporan dirujuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis) Dang Wangi," katanya.

Shila Amzah ketika ditemu bual pada program The Raise Star yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam.
Image via Ahmad UkasyahTerdahulu, Shila telah membuat laporan polis namun tidak menyebut nama individu yang 'menyerangnya'
Bagaimanapun, malam tadi Shila mengesahkan Amy sebagai individu berkenaan, sekali gus menajwab persoalan ramai.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan kertas siasatan sudah lengkap dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan menunggu arahan selanjutnya.
Siasatan dijalankan selepas Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat satu laporan polis kira-kira jam 5.31 petang, Khamis lalu.
Berikutan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 