Amir Raja Lawak Tolak Bayaran Awal RM3,000, Mahu Jumlah Hutang RM18,000 Dibayar Sekali

Semoga dipermudahkan urusan Amir.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dakwa hutang masih belum dilunas, Amir Raja Lawak tegas menuntut sejumlah RM18,000 tanpa ansuran daripada sebuah stesen TV tempatan

Menerusi sebuah perkongsian selebriti itu di laman Facebook miliknya, tuntutan itu dilakukan kerana bapanya memerlukan rawatan segera disebabkan kanser usus.

"Sila clearkan payment saya secepat mungkin! Abah saya kena kanser usus! Saya nak RM18,000 solid tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.

"Ini soal hidup dan mati abah saya, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.

"Saya tak minta duit kamu, saya tak minta pinjam duit, yang saya minta adalah duit saya! Hak saya!" tegasnya.

SAYS.com
Image via Amir Raja Lawak (Facebook)

Pernah diberi wang pendahuluan RM5,000 tetapi mendakwa masih belum dapat wang selebihnya selepas lebih setahun

Menurut Amir, kenyataannya itu turut dikeluarkan disebabkan dia sudah memberi peluang kepada stesen TV terbabit untuk memberi wang secara ansuran namun dia mendakwa setelah lebih setahun masih tidak menerima wang selebihnya.

"Dari awal abah saya warded saya dah maklum pada diorang, saya WhatsApp tunjuk keadaan abah saya, tapi kena sidai tanpa ada maklum balas positif.

"Minggu lepas selepas viral ada diorang nak bagi RM3,000 dahulu, tapi saya tak nak. Kenapa saya tak nak? Sebabnya sebelum ni diorang pernah bagi RM5,000 awal tahun lepas, pastu setahun lebih sampai sekarang ni belum dapat apa-apa tambahan lagi.

"Jadi kenapa saya perlu ambil RM3,000? Dah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang, sebab saya emergency!" tambahnya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: