AmBank Malaysia Pickleball Championship 2025 Rai Ulangtahun Gemilang Ke-50
Difahamkan, kejohanan pickleball ini pertama di Malaysia yang menekankan prinsip ESG (Environmental, Social and Governance).

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, AmBank Malaysia telah mengadakan Pickleball Championship 2025 baru-baru ini dan mencipta satu kelainan yang luar biasa
Dijalankan selama tiga hari penuh semangat dari 30 Mei hingga 1 Jun di Pickle Nation, Shah Alam. Kejohanan ini bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-50 AmBank Group, tetapi juga menjadi kejohanan pickleball pertama di Malaysia yang menekankan prinsip ESG (Environmental, Social and Governance) – sesuatu yang cukup luar biasa dalam landskap sukan tempatan.
Dengan tema "Malaysia Kita", kejohanan ini bukan sekadar tentang siapa paling hebat di gelanggang, tetapi tentang bagaimana sukan mampu menjadi jambatan penyatuan antara generasi, budaya dan komuniti.
Diterajui oleh Score Sports Management dan diiktiraf secara rasmi oleh DUPR (Dynamic Universal Pickleball Rating), acara ini menarik penyertaan seramai 547 pemain daripada pelbagai latar belakang – bukan sahaja dari Malaysia, malah termasuk dari Indonesia, China, Vietnam dan Amerika Syarikat.
Turut hadir memeriahkan dan memberi sokongan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu yang menegaskan kepentingan pembangunan akar umbi dan penglibatan belia dalam sukan yang lestari.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu
Image via AmBank (Facebook)
Dalam usaha menjadikan kejohanan ini bukan sahaja menyeronokkan tapi juga mesra alam, pelbagai inisiatif ESG telah diterapkan
Antaranya termasuk:
• Stesen air isi semula untuk mengurangkan penggunaan botol plastik sekali guna.
• Trofi dan bahan digital direka dengan pendekatan lestari.
• Kutipan 60 kilogram kasut lama untuk dikitar semula dan diubah menjadi permukaan gelanggang, taman permainan dan trek larian.
Bayangkan, kasut yang pernah menemani seseorang berlari kini menjadi laluan untuk anak-anak bermain dan belajar semangat kesukanan. Ini bukan sekadar sukan, ini satu revolusi!
Seramai 75 atlet junior juga telah menyertai sesi bimbingan khas yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman.
Apa yang lebih menarik, 35 daripada mereka ditaja oleh AmBank dan Score Sports Management, memberi peluang kepada mereka untuk menyertai aktiviti fizikal sambil membina keyakinan diri, kerjasama dan disiplin.
Aktiviti ini diisi dengan latihan asas, perlawanan mini dan pembelajaran interaktif – sebuah langkah penting untuk memupuk minat sukan dari peringkat akar umbi.
Untuk menambahkan lagi keterlibatan rakyat, satu kempen media sosial berskala nasional iaitu "AmBank 50th Pickleball Relay Challenge" dijalankan. Rakyat Malaysia menyambut relay pickleball secara maya, sebagai simbol semangat kesukanan dan sokongan terhadap kejohanan ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Score Sports Management, Patricia Tan berkata: "Saya sangat bangga dengan kejayaan kejohanan ini. Bukan sahaja kita lihat penyertaan hebat dari Malaysia, malah kehadiran pemain antarabangsa seperti dari China, Vietnam dan USA juga sangat memberangsangkan. Kami amat berterima kasih kepada AmBank dan semua penaja serta rakan strategik. Ini satu permulaan, dan kami komited untuk terus membesarkan kejohanan ini tahun demi tahun."
Manakala Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan AmBank, Shazman Shahid menambah: "Kejohanan ini benar-benar mencerminkan apa yang kami percaya – kesihatan, keterangkuman, penyatuan dan tujuan. Ia bukan sahaja menguatkan komuniti, tetapi menginspirasikan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan lestari."
Kejohanan ini juga telah menyaksikan perlawanan sengit dari peringkat Round Robin, ke Separuh Akhir, sehinggalah ke Perlawanan Akhir. Para peserta menunjukkan bukan sahaja kemahiran dan tenaga, tetapi juga semangat kesukanan yang tinggi.
Antara pemenang yang mencuri tumpuan:
Kategori Novis (19+)
Men's Doubles: Ronan King & Alvin Tie
Women's Doubles: Nikki Law & Ween Cian Kang
Mixed Doubles: Yonshin Leong & Lim Chen Pyng
Kategori Intermediate (19+ dan 35+)
Men's Doubles: Farren Tayne & Chan Ren Chern
Women's Doubles: Lynn Wang & Megan Foo
Mixed Doubles: Chau Hui Min & Chan Ren Chern
Kategori Terbuka (Open)
Men's Doubles: Nicholas Khamphilath & Minh Le
Women's Doubles: Karina Aditya & Ngoi Si Boi
Mixed Doubles: Hsuan Tsai & Nicholas Khamphilath
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai serta baucar tajaan Dink Lab. Tapi yang lebih penting, mereka membawa pulang semangat, kenangan dan inspirasi untuk terus berkembang dalam arena pickleball.
Sebagai rekod, kejohanan ini dianjurkan oleh Score Sports Management bersama AmBank Group sebagai Penaja Utama. Turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Pickleball Malaysia (MPA) dan Persatuan Pickleball Selangor (SELPA), serta diiktiraf oleh DUPR.
Rakan rasmi yang menjayakan acara ini termasuk:
• EON – Rakan Mobiliti Rasmi
• Dink Lab – Rakan Kedai Pro Rasmi
Pickle Nation – Rakan Lokasi Rasmi
• Jantzen – Rakan Penghidratan Rasmi
• Warrior Plunge – Rakan Terapi Ais Rasmi
Untuk maklumat lanjut termasuk keputusan penuh dan sorotan pasca acara, anda boleh sahaja layari www.mypickleballchampionship.com
Image via AmBank (Facebook)
Image via AmBank (Facebook)
Image via AmBank (Facebook)
Image via AmBank (Facebook)
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


