Amanah Saham Nasional Berhad Umum Pendapatan ASB 5.75 Sen Seunit

Transaksi bagi ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan digantung sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ASNB
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ASNB, jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit.

"Ia merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion.

"Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan atau ejen ASNB.

SAYS.com
Image via ASNB
SAYS.com
Image via ASNB

ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya berbanding tahun 2024

Menerusi laporan Berita Harian, perkara ini terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila ia berjaya meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29 peratus kepada 346 mata asas.

Prestasi pengagihan dividen yang kukuh dan berterusan itu dicapai dalam persekitaran pasaran ekuiti awam domestik yang mencabar, di mana FBM KLCI mencatat pulangan harga sebanyak -0.3 peratus sehingga kini bagi tahun 2025.

Pasaran ekuiti domestik terjejas oleh aliran keluar dana asing yang berterusan serta sentimen pelabur yang berhati-hati, meskipun prestasi asas ekonomi Malaysia kekal positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025.

Ia dijangka mencapai antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kemasukan pelaburan yang ketara serta pengukuhan nilai ringgit yang meningkat sebanyak 8.7 peratus kepada RM4.09 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS).

SAYS.com
Image via ASNB

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: