Amad Diallo Tunjuk Jari Tengah Sebab Ibunya Dihina

Bagaimanapun, dia menikmati masa yang baik di Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular selepas pemain sayap Manchester United, Amad Diallo yang mengangkat jari tengah ketika berjalan melepasi penyokong pada Rabu lalu

Pemain sayap Manchester United itu mengakui dia tidak sepatutnya mengangkat jari tengah kepada penyokong semasa jelajah pasca-musim kelab itu di Asia.

Menerusi hantaran di laman X miliknya, dia tidak menyesali perbuatannya itu kerana mendakwa seseorang telah menghina ibunya.

"Saya hormat orang lain tetapi bukan kepada mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya bertindak begitu, tetapi saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan.

"Kami menikmati masa yang baik di Malaysia bersama orang yang baik." tulis Diallo.

Kekalahan pasukan Manchester United ternyata mengecewakan ramai penyokong selepas mereka tewas 0-1 kepada ASEAN All-Stars.

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: