Aliff Syukri Terkilan, Jenama Beg Lokal Terkenal Didakwa Mahu Saman Sebab Copycat Design?

Alamak! Bag brand mana tu ya?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan dan selebriti, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila sebuah syarikat beg lokal jenama terkenal ingin menyamannya gara-gara didakwa mengeluarkan rekaan beg sama yang pernah tular sebelum ini

Menerusi tangkap layar daripada sesi live Datuk Aliff Syukri di TikTok, beliau berkata sepatutnya sebagai peniaga, pihak sana tidak boleh cemburu dengan rezeki masing-masing.

"Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah. Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.

"Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk 100%, saya rasa okay," katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa tiada masalah sekiranya seseorang peniaga itu menjual produk sama asalkan tidak meniru rekaan seratus peratus daripada peniaga lain

"Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar. Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu.

"Saya terkilan kenapa nak saman? Tengok sama ke tak sama? Pencangkuk sama ke? Dengan nama Allah, we never copycat hundred percent," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: