Aliff Syukri Diperintah Bayar Ganti Rugi RM10,000 Disebabkan Gagal ‘Promote’ Sebuah Restoran
Difahamkan, restoran tersebut dikendalikan oleh dua rakan kongsi perniagaannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Aliff Syukri Kamarzaman diperintah membayar ganti rugi nominal RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau melanggar kontrak mempromosikan sebuah restoran
Menerusi laporan Free Malaysia Today, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azizul Azmi Adnan memutuskan dua rakan kongsi perniagaannya, Iylia Nurdiyana Jasny dan Syazwan Roslan berjaya membuktikan Aliff Syukri gagal melaksanakan peranannya mempopularkan premis mereka, 'Rumah Makan Terlajak Laris' di Kota Damansara di Selangor.
Bagaimanapun, beliau berkata rakan kongsi itu gagal membuktikan sebab musabab bagi ganti rugi yang dituntut.
"Kami membenarkan rayuan itu, tetapi hanya memberikan ganti rugi nominal sebanyak RM10,000," kata Azizul yang bersidang bersama Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Evrol Mariette Peters.
Panel hakim turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos RM30,000 kepada Iylia dan Syazwan.

Tuntutan asal bernilai RM285,000
Sebelum ini, rakan kongsi berkenaan telah memeterai kontrak dengan Aliff Syukri untuk mempromosikan restoran berkenaan menerusi media sosial.
Perjanjian itu kemudiannya ditamatkan menyebabkan mereka memfailkan saman di Mahkamah Sesyen pada penghujung 2018.
Mereka menuntut pemulangan RM285,000 yang dibayar kepada Aliff Syukri serta deklarasi bahawa kontrak itu tamat akibat pelanggaran syarat.
Dalam prosiding terbabit, Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Rosly Khady Mohd Ayub Khan, manakala rakan kongsi perniagaan itu diwakili peguam Fozi Addhwa Mohamad Fozi dan Azraai Yunos.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 