Alasan Tak Pergi Sekolah Bangun Lambat, Segelintir Ibu Bapa Dikecam Benarkan Anak Ponteng
Bahaya kalau dah terbiasa macam itu.
Cover image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berbeza dengan persekolahan dahulu, zaman sekarang banyak sekolah menggunakan teknologi canggih dalam pembelajaran
Malah, kehadiran anak-anak pula boleh diberitahu secara dalam group whatsApp ibu bapa dan guru.
Jika zaman dahulu, ibu bapa akan lebih tegas jika anak-anak tidak mahu ke sekolah, namun sekarang dilihat ia dianggap seperti perkara yang remeh.
Baru-baru ini tular perkongsian di Facebook selepas seorang individu memaparkan perbualan mesej ibu bapa di dalam group sekolah yang mencuri perhatian.
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
Terkejut dengan alasan tak hadir sekolah zaman sekarang
Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh, dia meluahkan rasa terkejutnya dengan alasan tidak hadir ke sekolah pada zaman ini.
Menurutnya, alasan yang diberikan ibu bapa adalah tidak masuk akal dan berbeza dengan zaman dahulu di mana ibu bapa lebih tegas.
Namun, sekarang ibu bapa seperti mengambil mudah dan tidak kisah jika anak mereka tidak hadir ke sekolah dengan alasan sebegitu.
"Zaman sekarang punya alasan tak hadir ke sekolah. Tepuk dahi gais. Lagi best bila tanya alasan tak hadir kat murid, 'Ayah bangun lambat. Tiada orang hantar'.
Dan jika diperhati, paling ramai tak hadir ke sekolah sebab bangun lambat ni datang dari keluarga sederhana dan susah. Aku tak kata semua, tapi majoriti begitu," tulisnya.
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

