Lelaki Ini Kecewa Kerana Tukang Gunting Rambut Di KL Tak Tahu Sabah Itu Di Malaysia
Itulah pentingnya 'geography education'.
Cover image via SAYSTidak kami sangka, sehingga hari ini masih ada lagi sesetengah masyarakat Malaysia yang tidak mengenali negara mereka sendiri
Seperti yang diceritakan seorang pengguna Facebook, [Jufazli Shi Ahmad](https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1552396874782163&id=100000355967894), beliau telah disangkakan berasal dari negara seberang oleh seorang tukang gunting rambut semasa beliau ke kedai gunting rambut di Kuala Lumpur.
Beliau meluahkan rasa kecewanya terhadap tukang gunting tersebut yang menyangka dirinya orang seberang walaupun sudah diberitahu yang beliau berasal dari Sandakan, Sabah.
Pada awalnya, beliau disapa mesra oleh tukang gunting tersebut. Tukang gunting itu bertanyakan dari mana beliau berasal dan wajahnya kelihatan familiar.
Image via sabahokbah.blogspot.my


