Aku Kuat Kerana Umi – Gadis 20 Tahun Kongsi Detik Pahit Hilang Sebelah Ovari Akibat Kanser
Sedihnya baca 🙁
Cover image via Twitter @atirawwMimpi buruk setiap individu adalah apabila diberitahu tentang kesihatan yang tidak mengizinkan untuk kita mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain
Image via Saya Share
Bila tengah seronok sana sini, bercuti, menikmati keindahan dunia, bersuka-ria bersama rakan-rakan dan keluarga, tanpa disedari ada sesuatu yang bakal membataskan semua itu.
Memang sedih jika perubahan drastik terjadi kepada lifestyle kita. Pada mulanya seorang yang sentiasa ceria, sering buat orang sekeliling tidak kering gusi, kemudiannya menjadi seorang yang murung dan pasif.
Anda boleh baca perkongsian kisah sedih gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Atirah telah menghidap penyakit Kanser Ovari Stage 3 tanpa disedari. Sedih sangat.
Image via Twitter @atiraww
Tragedi buruk yang menghantui hidup Atirah bermula pada bulan Mei, 2017. Memang tak disangka perkara seperti ini berlaku.
Image via Twitter @atiraww
Akibat terlalu risau, Atirah menghubungi ibunya untuk bertanyakan tentang keadaan perut yang dikatakan semakin kembung dan keras
Image via Twitter @atiraww
Balik cuti raya, ibu bapa Atirah bergegas membawanya ke klinik untuk check-up kerana terlalu runsing terhadap keadaannya
Image via Twitter @atiraww
Melalui ujian CT scan, doktor masih tak dapat mengenalpasti kesan tumor di bahagian mana kerana tumor itu telah menutup sebahagian daripada perutnya
Image via Twitter @atiraww
Sedih dan terkejut tentang risiko yang mungkin dihadapi oleh Atirah, semangat raya hampir pupus dalam keluarga ini
Image via Twitter @atiraww
Image via Twitter @atiraww
Atirah telah membuat keputusan untuk mengambil cuti khas bagi merawat penyakit yang dihadapi dan tidak terfikir langsung untuk menangguh pelajaran pada waktu itu
Image via Twitter @atiraww
Setelah selesai menjalani pembedahan selama satu jam lebih, rakan-rakan Atirah datang untuk menziarahi dan memberi semangat kepadanya
Image via Twitter @atiraww
Image via Twitter @atiraww
Ibu bapa Atirah kuatkan semangat dengan menghadiahkan sejambak bunga setelah selesai operation.
Paling perit bila perut Atirah ditampal menggunakan stapler kerana menurut doktor, umurnya masih muda dan perlu elakkan jahitan untuk mengharapkan sel bercantum kembali
Image via Twitter @atiraww
Image via Twitter @atiraww
Sebulan kemudian, keputusan diagnostik pun keluar. Tanpa disangka-sangka, Athirah sebenarnya telah menghidap Kanser Ovari Dysgerminoma Stage 3.
Image via Twitter @atiraww
Ibu Atirah juga berkongsi pengalaman menjalani kimoterapi sebanyak 2 kali dalam hidupnya dan memberitahu betapa sakitnya rawatan itu
Image via Twitter @atiraww
Kehilangan berat badan, muka makin cengkung dan banyak lagi kesan yang diterima selepas menjalani rawatan kimoterapi
Image via Twitter @atiraww
Sebak bila tengok kawan-kawan seronok keluar bersama, selfie dan sebagainya. Sementara dirinya hanya boleh duduk di wad hospital.
Image via Twitter @atiraww
Image via Twitter @atiraww
Setiap minggu kena datang hospital untuk cucuk ubat kimo sehingga 6th cycle tamat. Menurut Atirah, beliau sangat bersyukur bila dapat bertahan sehingga cycle yang terakhir.
Image via Twitter @atiraww
Seminggu selepas CT scan, keputusan yang keluar menunjukkan Atirah berjaya survive daripada kanser itu membesar. Alhamdulillah!
Image via Twitter @atiraww
Atirah juga menyarankan semua individu untuk lebih berhati-hati dengan kanser. Mengikut pengalaman beliau sendiri, kanser boleh menyerang tanpa mengira umur.
Image via Twitter @atiraww
Redha dengan ujian yang diberi, Atirah menganggap ianya sebagai penghapus dosa dan sentiasa berfikiran positif
Setelah apa yang terjadi pada dirinya, Atirah tampil lebih confident, positif serta peka dengan permakanan yang diambil. Dia juga berkongsi tentang penampilannya setelah melalui rawatan kimoterapi beberapa kali.
Image via Twitter @atiraww
"So hye this is me now. No bulus mata. No bulus kening. InshaAllah as time goes by dia akan tumbuh balik. Hehe pray for tirah. I hope my life going to be brighter than ever," kata Atirah melalui tweet miliknya.
Image via Twitter @atiraww
Kesimpulannya, anda perlu lebih peka dan berhati-hati dalam pemilihan makanan yang diambil. Elakkan kanser daripada merebak dalam badan anda, mulakan gaya hidup yang lebih sihat okay! 🙂
Image via Giphy

