7 Aktiviti Outdoor Paling ‘Best’ Dilakukan Dengan Kawan-Kawan
Apa gunanya ada kawan tapi tak berjalan?
Cover image via TSG #KasiJadi1. Berbasikal di Putrajaya
Image via putrajayaurbanriders.blogspot.com
Zaman sekarang ni kalau nak berbasikal tak payah beli basikal pun tak apa. Pergi saja ke mana-mana taman yang ada perkhidmatan berbasikal, sewa, dan terus boleh bersuka ria sambil hirup udara segar beramai-ramai. Salah satu tempat yang *best* untuk aktiviti ini adalah di Putrajaya.
Kenapa Putrajaya? Sebab di sini ada banyak taman yang anda boleh kunjungi seperti Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, dan Putrajaya Challenge Park. Kalau diikutkan, berbasikal di sekeliling kawasan Putrajaya pun sudah cukup memuaskan. Sambil berbasikal boleh layan pemandangan bandar Putrajaya yang mengagumkan.
Image via www.expatgo.com
Image via kakijalans.com
**Tips kebersihan:** Pastikan *handle* basikal dibersihkan terlebih dahulu dengan **Sanitizer Tangan Semburan Anti-Bakteria** bagi membasmi kuman. Boleh juga pakai sarung tangan untuk mengelakkan jangkitan.
2. Lompat atas trampoline di Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya dan di Johor Bahru
Kalau anda nak tahu, pusat *trampoline* yang popular di PJ ini dah buka cawangan terbaru di Austin Heights, Johor Bahru. Dengar tu orang-orang Johor sekalian!
Di sini, anda bukan sekadar boleh lompat-lompat. Tapi sebenarnya ada banyak aktiviti dan cabaran yang anda boleh alami sendiri seperti bermain *dodgeball* dan juga *slam dunk* di atas *trampoline* dengan kawan-kawan. Memang seronok! Bagi yang pro pula, tentunya *High Performance* menjadi medan untuk mempamerkan bakat.
Image via SAYS
3. Daki bukit atau gunung
Aktiviti *hiking* semakin lama semakin *trending* di laman sosial dengan pelbagai perkongsian tentang lokasi dan pemandangan memukau. Tak hairanlah jika semua orang pun nak pergi *hiking* sekarang ni, semata-mata untuk nikmati sendiri panorama indah alam dengan mata kasar.
Bagi yang baru berjinak-jinak, boleh cuba daki bukit-bukit kecil dahulu. Antara yang popular adalah Bukit Tabur dan Bukit Broga bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang. Nak lebih mencabar sikit, boleh bawa diri ke Cameron Highlands untuk "masuk" ke alam fantasi The Hobbit di Gunung Irau. Hutan berlumut atau *mossy forest* di sini memang sangat terkenal dikalangan para pendaki.
**Tips kebersihan:** Setelah selesai aktiviti, pastikan segala perkakas *hiking* dicuci dengan rapi, termasuk cermin mata agar kuman dapat dihapuskan.
4. Camping di Berkelah Waterfall, Pahang
*Camping* merupakan antara aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan dengan kawan-kawan. Sebab bila kita *camping*, kita juga perlu bekerjasama menyediakan makanan untuk mengalas perut. Waktu itulah kita akan pasang khemah sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama, buat unggun api sama-sama, dan macam-macam lagi. *Camping* memang seronok!
Salah satu destinasi menarik yang anda boleh cuba ialah di Berkelah Waterfall yang terletak di Maran, Pahang. Hanya 3 jam dari KL, air terjun di sini sememangnya *world class* dengan kolam tujuh tingkat dan air sungai yang sangat dalam, sesuai untuk aktiviti terjun tebing atau *cliff jumping*.
**Tips kebersihan:** Mana-mana khemah yang digunakan haruslah dicuci semula sehingga bersih. Jarang sekali tengok orang basuh khemah, tetapi demi kebersihan, ia tetap perlu dilakukan.
5. Tunggang ATV di Kemensah, Ulu Kelang
Image via www.malaysia-adventuretours.com
Minat aktiviti lasak? Jadi ATV lah pilihan yang paling tepat! Dalam kesesakan hutan konkrit di sekitar kawasan Ulu Kelang, siapa sangka terdapat aktiviti ATV di situ. Hanya perlu pandu sedikit ke dalam kawasan hutan di belakang Zoo Negara dan anda akan jumpa tempat ini.
Image via foodnframe.com
Dan yang paling menarik, peserta boleh *cool off* di Air Terjun Kemensah setelah selesai melakukan aktiviti. Kiranya, sesiapa yang *join* ATV di sini seakan-akan mendapat pakej dua dalam satu iaitu ATV dan *waterfall*. Sebab itulah ATV di Kemensah ini sentiasa penuh setiap minggu. Bagi sesiapa yang nak pergi, kena *book* dulu awal-awal ya.
Image via SAYS
6. White water rafting
Nak yang lebih ekstrem? Apa kata cuba aktiviti *white water rafting* dan cabar diri anda berakit di sungai yang deras. Kalau nak lagi *best*, pastikan bot yang anda naik tu terbalik. Kalau tak terbalik serius rugi!
Aktiviti ini memang mencabar dan memenatkan. Anda perlukan tenaga yang banyak untuk mendayung melalui arus deras dan pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan bot daripada karam. Ada beberapa tempat popular untuk aktiviti ini iaitu di Kuala Kubu Bharu, Selangor, di Gopeng, Perak, dan di Sedim, Kedah. Tapi yang paling buas tentunya Sungai Padas di Beaufort, Sabah.
**Tips kebersihan:** Kalau tak mahu bau dari topi keledar melekat di rambut, anda disyorkan untuk memakai kain lilitan. Kain yang dipakai di kepala juga dapat memberi keselesaan semasa memakai topi keledar.
7. Caving di Gua Batu Maloi
Mungkin nama Gua Tempurung di Perak sudah cukup sinonim dengan penggemar aktiviti *caving* di Malaysia. Tapi apa kata anda pergi ke arah selatan di Negeri Sembilan untuk rasai pengalaman *caving* di Gua Batu Maloi yang terletak di Rembau.
Image via Instagram @faridmumazaini
Tak pernah dengar? Bermakna inilah masanya untuk anda *explore* sendiri. Gua Batu Maloi boleh memuatkan sehingga 160 peserta dalam satu masa. Bersedialah untuk meniarap, merangkak, melawan arus air terjun, menyelit di celahan batu sempit, bergelap bersama kelawar, dan macam-macam lagi. Siapa yang pergi mesti tak menyesal.
Image via TSG #KasiJadi
Image via Instagram @arhamf
**Tips kebersihan:** Pastikan anda mandi menggunakan sabun anti-bakteria sejurus selesai aktiviti bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangan lupa juga bawa **Tisu Pelembap Anti-Bakteria** untuk digunakan sebagai alternatif ketika ketiadaan air.
Aktiviti-aktiviti ini akan jadi lebih lengkap dengan perlindungan 24 jam yang sempurna dari sebarang kuman. Ingat, kebersihan itu sangat penting.
Image via Antabax/Facebook
Jangan hanya tahu beraktiviti tetapi terus lupa bab menjaga kebersihan, terutamanya kebersihan diri sendiri.
Antabax dengan 'Derma Protect System' menyediakan perlindungan anti-bakteria 24 jam dan membunuh 99.9% kuman berbahaya. Produk Antabax juga telah diuji secara dermatologi, mengandungi 'Micro Moisture Serum' dan vitamin kulit untuk menjadikan kulit anda lebih lembut, licin dan sihat sepanjang hari.
Dan lebih menarik, Antabax merupakan produk Perlindungan Anti-Bakteria pertama di Malaysia yang telah disahkan Halal oleh JAKIM
Antabax merupakan produk Perlindungan Anti-Bakteria pertama di Malaysia yang telah disahkan Halal oleh JAKIM untuk perlindungan tanpa was-was.
Kini, tiada lagi masalah untuk anda menjadi lebih lasak dan meluangkan masa lebih banyak di luar rumah dengan perlindungan sempurna sebegini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari **[Facebook Antabax](https://www.facebook.com/NewAntabax)**.
Image via Antabax/Facebook
