Aktivis Pencinta Haiwan Gesa Hukuman Selayaknya Buat Pembunuh 2 Anak Kucing Mati Dicampak
Media melaporkan pada Jumaat dua ekor anak kucing mati dicampak di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur.
Cover image via @shimaaris (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak kira umur, sesiapa yang didapati membunuh haiwan dengan sengaja perlu dihukum dengan hukuman yang selayaknya
Itu yang disifatkan oleh seorang aktivis pencinta haiwan @shimaaris menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
"Berapa banyak lagi haiwan yang perlu mati baru tindakan akan dilakukan?
"Kucing-kucing itu dicampak dari tingkat tinggi dan juga telah diracun. Saya mohon para penduduk buatlah laporan beramai-ramai.
"Kanak-kanak atupun tidak, mereka perlu dihukum sebagai pembunuh, sekali dengan ibu bapanya," katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial gambar dua ekor anak kucing terbaring berlumuran darah bersama sebuah video kanak-kanak mengambil anak kucing daripada sangkar
Menerusi laporan Buletin TV3, kejadian terbabit berlaku di tingkat lima blok D Pangsapuri Seri Nilam di Bandar Baru Ampang di Kuala Lumpur. Dua anak kucing itu dikatakan baru dilahirkan dan diambil daripada ibunya sebelum ditemui mati di tingkat empat blok sama.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima empat laporan berkaitan kes penganiayaan terhadap kucing di pangsapuri itu Julai lalu.
"Pihak polis sudah melawat lokasi kejadian selepas menerima laporan dan mendapati kes berkenaan berada dalam pengetahuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.
"Semua laporan yang diterima akan diselaraskan bagi tindakan lanjut pihak berkuasa berkaitan," katanya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



