Pengantin Ini Bertongkat Di Majlis Perkahwinannya Lepas Terseliuh Selamatkan Kucing
Mulianya hati seorang wanita. 😉
Cover image via Hafizudin Hamdan PhotographyHari perkahwinan seharusnya menjadi hari yang paling bahagia untuk setiap pasangan. Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan majlis perkahwinan yang pertama dalam sebuah keluarga.
Namun begitu, lain pula dengan kisah seorang wanita yang telah menghadiri majlis perkahwinannya sendiri dengan bertongkat dan kaki berbalut. Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Siti Naqiah telah terseliuh kaki tiga hari selepas Akad Nikah kerana menyelamatkan seekor kucing.
Mulianya hati wanita ini…
Image via Hafizudin Hamdan Photography
Naqiah kelihatan begitu menawan dan kejadian itu langsung tidak menjejaskan keanggunannya. Malah, dia tampak lebih unik sebenarnya.
Kisah Naqiah diceritakan semula oleh pereka busana pengantin iaitu cosryofficial di laman Instagram
Baca perkongsian penuh di bawah:
Bukan setakat itu sahaja, pengantin perempuan juga terpaksa mengenakan 'sneakers' sebagai kasut di hari perkahwinannya. Memang comel sangat!
Image via Hafizudin Hamdan Photography
Kalau dah cantik, pakailah apa pun, masih akan nampak cantik.
Walaupun terpaksa bertongkat di hari istimewanya, Naqiah masih tersenyum lebar diiringi suami tercinta iaitu Dr Amirul Ariff
Siapa kata dengan menggunakan wheelchair, pengantin tidak boleh berarak? 😉
Kami doakan supaya Siti Naqiah dan suami, Dr Amirul Ariff akan kekal menjadi suami isteri hingga ke Jannah.
Tahniah! 🙂
Image via Hafizudin Hamdan Photography
Image via Hafizudin Hamdan Photography
Image via Hafizudin Hamdan Photography

