Akaun TikTok Ebit Lew Yang Mempunyai 6.7 Juta Followers Pula Dikenakan Sekatan
Sebelum ini, beberapa akaun besar turut dikenakan sekatan oleh TikTok
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akaun milik pendakwah bebas, Ebit Lew pula dikenakan sekatan di TikTok
Akaun TikTok yang dikatakan mempunyai pengikut sebanyak 6.7 juta itu didakwa telah disekat setelah ia didapati tidak dijumpai di ruang carian.
Menerusi hantarannya di Facebook, Ebit Lew meluahkan perasaan sedihnya apabila akaun yang diguna untuk berdakwah dan menyebarkan bantuan sudah tiada.
"TikTok saya yang mempunyai 6.7 juta pengikut telah disekat. Hilang terus, tak boleh tengok lagi. Follow ya akaun baharu saya," tulisnya.
Image via Malaysia Gazette
Terdahulu, berlaku beberapa insiden akaun-akaun TikTok tempatan yang memilliki jumlah pengikut yang besar disekat TikTok
Antara akaun TikTok yang dikenakan sekatan sebelum ini adalah Majoriti Official, Buletin TV3, Berita Al-Hijrah dan Sinar Harian Online yang kesemuanya memiliki jutaan pengikut.
Selain itu, akaun TikTok milik selebriti dan influencer turut dikenakan sekatan sebelum ini seperti Uyaina Arshad, Reen Rahim dan Fahmi Reza.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via