‘Ulat Buku’ Bertuah Berpeluang Untuk Menginap Di Kedai Buku 24 Jam Terbesar Di Malaysia
Exciting!
Cover image via BookXcessCawangan terbesar dan terbaru BookXcess telah dibuka pada bulan Mei lalu di Tamarind Square, Cyberjaya
Image via BookXcess
Image via BookXcess
Kedai buku terbesar di Malaysia ini bukanlah sekadar tempat untuk membaca, malah ia juga menyediakan beberapa ruang untuk melakukan aktiviti lain.
Ada juga tempat untuk menganjurkan majlis, pentas dan juga kafe di cawangan BookXcess ini.
Image via BookXcess
Tempat membaca juga begitu selesa dan sesuai untuk mereka yang inginkan masa untuk bersendirian
Image via BookXcess
Image via BookXcess
Image via BookXcess
Terbaru, BookXcess dan Airbnb kini bekerjasama untuk memberikan pencinta buku peluang untuk menginap di kedai buku terbesar ini!
Menarik bukan? 🙂
Airbnb yang merupakan syarikat hospitaliti berdasarkan komuniti yang terkemuka di dunia, memberikan peminat buku peluang untuk menginap satu malam di BookXcess.
Untuk satu malam sahaja, Airbnb akan mengubah satu ruang dalam kedai buku BookXcess untuk dijadikan sebuah bilik tidur eksklusif.
Image via BookXcess
Image via BookXcess
Cawangan BookXcess di Tamarind Square akan disenaraikan di Airbnb dari 29-30 September nanti!
Image via BookXcess
Paling best, segalanya PERCUMA!
Sebuah pertandingan bakal dianjurkan oleh BookXcess yang menawarkan satu pemenang bertuah dan juga seorang lagi teman untuk menginap di kedai buku ini pada hujung minggu!
Bukan itu sahaja, pemenang bertuah juga akan dapat merasai sendiri pengalaman mengendalikan sebuah kedai buku yang menempatkan setengah juta buku.
Malah, pemenang turut dapat belajar lebih mendalam tentang pengurusan kedai buku tersebut dalam masa sehari.
Image via BookXcess
Image via BookXcess
Selain itu, satu sesi "Grab-& -Go" akan diadakan di mana pemenang boleh membawa pulang sebanyak mana buku yang boleh disambar dalam masa dua minit!
Sebelum waktu tidur pula pemenang bertuah akan menyertai kelab buku lewat malam yang bakal dihoskan oleh Umapagan Ampikaipakan dari radio BFM89.9.
Image via Popfolio
Bagaimana cara untuk sertai pertandingan ini? Ikuti langkah di bawah:
1. Penggemar buku mesti menjawab soalan mengenai buku kegemaran mereka (genre dan tajuk) untuk dibawa mengembara dan mengapa.
2. Sertai selewat-lewatnya pada jam 11:59 PM 20 September 2018.
3. Pemenang akan diterbangkan dari mana saja di Malaysia.
5. Untuk syarat kelayakan dan terma dan syarat pertandingan, sila lihat halaman penyenaraian di sini.
Image via BookXcess
Semoga berjaya! 😀
Image via Giphy

