AirAsia Tawar Diskaun Tiket Flight Sehingga 50% Untuk Pengamal Media Sempena HAWANA 2025

Ia bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AirAsia Newsroom
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

AirAsia kini menawarkan diskaun 50 peratus untuk tiket penerbangan pergi dan balik secara "sekali beri" kepada semua pengamal media warganegara Malaysia

Difahamkan, tawaran ini melibatkan lebih 57 destinasi di negara-negara ASEAN.

Menerusi laporan Berita RTM, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu inisiatif ini diperkenalkan sempena Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025 sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan dedikasi pengamal media tempatan.

"Pengumuman ini khusus untuk semua pemegang Kad Perakuan Media yang sah. Tempoh tempahan dibuka mulai sekarang hingga 31 Disember 2025, manakala tempoh penerbangan adalah dari April hingga September 2026," katanya.

Inisiatif bersempena penghargaan kepada wartawan

Datuk Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam masa terdekat. Langkah ini bertujuan memastikan proses penebusan diskaun berjalan lancar dan teratur.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa sebuah pesawat AirAsia bakal dinamakan sempena penghargaan kepada pengamal media hasil kerjasama bersama syarikat penerbangan tersebut.

"Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, memaklumkan kepada saya bahawa pihaknya bersedia menamakan sebuah kapal terbang atas nama wartawan.

"Kita akan bincangkan cadangan nama yang sesuai dan akan diadakan satu majlis rasmi untuk pelancarannya sebagai simbolik penghargaan kepada rakan-rakan media," katanya.

Sehingga 4 Jun 2025, seramai 12,428 pengamal media aktif telah berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Daripada jumlah itu, 12,297 adalah warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform termasuk media cetak, penyiaran, digital dan portal berita dalam talian.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: