Ahli Psikologi Ini Kongsi Padah Menghidap Penyakit ‘Hoarding Disorder’
Jangan sampai parah!
Cover image via Disease SpotlightAnda pernah dengar penyakit jenis Hoarding Disorder? Secara ringkasnya merupakan satu penyakit yang suka menyimpan barang yang sudah lama tidak terpakai.
Image via North Bay Organizers and Coaches
Image via Pinterest
Perkara ini memang nampak seperti biasa dan normal. Maklumlah, siapa yang tak sayang barang. Namun, ianya menjadi 'kronik' apabila barangan yang disimpan semakin banyak dan tidak dipakai langsung malah boleh dikategorikan sebagai 'sampah'.
Sehinggakan tidak ada ruangan untuk berjalan di dalam rumah kerana terlalu sayang untuk mengurangkan barangan yang sudah lama tidak dipakai dan juga telah rosak.
Ramai yang tidak tahu, perkara ini merupakan satu penyakit yang dipanggil Hoarding Disorder iaitu penyakit sayang untuk buang barangan lama. Jika anda ingin mengetahui lebih, baca perkongsian seorang lelaki iaitu Aiman di laman Twitter mengenai penyakit ini:
Ianya merupakan kecelaruan mental seseorang apabila tidak dapat membuang barang. Menurut Aiman, mungkin nampak simple namun sebenarnya agak parah jika tidak dirawat.
Image via Twitter @AimanPsikologis
Seseorang yang memiliki penyakit ini akan berasa susah untuk membuang barang walaupun ianya sudah tidak ada nilai sama sekali
Image via Twitter @AimanPsikologis
Ini merupakan antara 3 karakter yang ada pada individu yang menghidap penyakit ini:
Image via Twitter @AimanPsikologis
Menurut Aiman juga, penyakit ini juga ada kaitan dengan pepatah Melayu iaitu, "Membazir amalan syaitan."
Image via Twitter @AimanPsikologis
Sebab itu seharusnya anda membersihkan almari atau kawasan rumah dan sedekah barangan yang jarang dipakai dan masih elok kepada orang yang lebih memerlukan
Image via Twitter @AimanPsikologis
Aiman juga mengatakan bahawa individu yang menghidap penyakit ini seharusnya dirawat dengan cepat kerana ianya mungkin akan menyusahkan ahli keluarga dan orang sekeliling suatu hari nanti
Image via Twitter @AimanPsikologis
Kalau anda inginkan rumah ala hotel, rajin-rajinlah kemas rumah dan buang barangan lama yang langsung tidak terpakai dan hanya simpan barangan yang anda perlu gunakan untuk survive
Image via Twitter @AimanPsikologis

