Ahli Politik Diseru Supaya Jangan Gunakan Ayat Al-Quran & Hadis Untuk Kepentingan Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata isu tersebut sering berlaku ketika kempen pilihan raya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mothership (Facebook) & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyeru agar ahli politik tidak menggunakan ayat suci al-Quran serta hadis untuk kepentingan politik

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata perbuatan seperti menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal di ceramah-ceramah politik perlu dielakkan.

"Pada sayalah, kalau ia membabitkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Jika membabitkan satu pandangan hukum, boleh merujuk Jabatan Mufti dan (badan agama) negeri-negeri sebab ini pihak yang berautoriti.

"Cuma, jangan menyalahgunakan untuk kepentingan politik, ini yang paling utama,"
katanya.

Image via Facebook

Sebelum ini, tular kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengundang perbincangan orang ramai

Mohd Nai'm menggesa agar mana-mana pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung keutamaan menunaikan tanggungjawab mengundi berbanding mengerjakan ibadah haji.

Kenyataan tersebut adalah susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi laporan media, memberi bayangan supaya umat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.

Beliau sekali gus meminta pihak terbabit mementingkan ilmu dan adab dalam membuat kenyataan berkaitan hal-hal agama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: