Ah Seng Cuba Puasa Kali Pertama Demi Cinta, Ending Iklan Raya PLUS Ini Buat Ramai Sebak

Kisah Ah Seng dan Nadia ini memang menyentuh hati.

Enlarge text
Cover ImageCover image via YouTube Plus

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kisah Ah Seng dan Nadia nampaknya masih belum habis. Selepas mencuri perhatian ramai menerusi filem pendek Tahun Baru Cina tempoh hari, pasangan ini kembali muncul dalam iklan raya terbaru daripada PLUS Malaysia Berhad dan kali ini ceritanya lagi menyentuh hati

Dalam video pendek tersebut, Ah Seng yang baru memeluk Islam cuba menunaikan ibadah puasa buat pertama kali.

Apa yang buat ramai tersentuh adalah sebab di sebalik usahanya itu, Ah Seng sebenarnya sedang bekerja keras mengumpul duit untuk berkahwin dengan Nadia.

Cabaran puasa ketika bekerja

Sepanjang hari bekerja sebagai tukang baiki rumah, Ah Seng berdepan macam-macam dugaan.

Ada pelanggan yang memasak hingga bau makanan memenuhi rumah.

Ada juga yang dengan baik hati menghidangkan minuman kerana menyangka dia bukan Islam.

Malah, ada yang siap ajak dia makan sekali.

Tapi setiap kali diuji, satu sahaja yang keluar dari mulut Ah Seng.

"Sabar…"

Twist yang buat cerita lagi bermakna

Di penghujung cerita, Ah Seng dipanggil untuk membuat kerja repair di sebuah surau.

Di situlah suasana berubah apabila dia akhirnya dapat berbuka puasa bersama orang ramai, satu momen sederhana tetapi penuh makna.

Ending iklan raya ini bukan sahaja tentang cinta, tetapi juga tentang kesabaran, keikhlasan dan perjalanan seseorang mencari makna sebenar Ramadan.

Kalau nak tahu apa kejutan manis yang menanti Ah Seng di akhir cerita, tonton video penuh di bawah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS