Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Gagalkan Cubaan Ratusan Warga Asing Ceroboh KLIA

Warga asing tersebut terdiri daripada rakyat Bang­ladesh, Pakistan dan India yang cuba masuk ke Malaysia secara haram melalui KLIA.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya gagalkan cubaan 279 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan India memasuki negara secara tidak sah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menerusi laporan Bernama, AKPS dalam kenyataannya memaklumkan jumlah warga asing terbabit adalah rekod harian tertinggi bagi kes tidak dibenarkan mendarat 'Not To Land' (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau KLIA pada 2023.

"Trend kemasukan warganegara asing secara tidak sah semakin meningkat, khususnya ketika waktu kemuncak ketibaan dan musim cuti umum di Malaysia.

"Sejak ditubuhkan, Pasukan Pemantau AKS KLIA telah memberi impak positif dalam meningkatkan keberkesanan saringan awal serta pengesanan pelawat berisiko," kata kenyataan itu.

Image via Bernama

Aliran tinggi dan kesesakan jadi punca warga asing tidak sah terlepas masuk ke dalam negara

AKPS memberitahu antara punca segelintir individu dapat menyusup masuk ke negara adalah dengan menyalahgunakan kemudahan kemasukan yang tersedia di samping keadaan kesesakan dan aliran pelawat yang tinggi di KLIA sering dimanipulasi.

"Langkah pengusiran merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AKPS dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan, sekali gus memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan memenuhi semua syarat dibenarkan memasuki negara ini.

"Semua individu terbabit telah diarahkan pulang ke negara asal masing-masing serta-merta selepas proses dokumentasi dan semakan lanjut dijalankan oleh pegawai AKPS," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: