Adik Neelofa Kantoi Beli Kasut Fake ‘Adidas Yeezy’ Sampai RM12 Ribu Tapi Tak Mengaku
Hmmm habis RM12,000 macam tu je?
Cover image via Instagram @littlemisskhanMungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu
Dan baru-baru ini, gadis ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sepasang kasut edisi khas Yeezy yang dibelinya dengan harga 2000 pound (lebih kurang RM12,000).
Image via Instagram @littlemisskhan
Setelah gambar itu dimuatnaik di laman Instagram, ianya mendapat perhatian orang ramai kerana seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan kasut tersebut
Kasut yang dimaksudkan adalah **Adidas Yeezy 350 'Pirate Black'**. Menerusi gambar itu, para peminat kasut atau *sneakerheads* di Malaysia perasan kasut tersebut bukanlah original atau kata lainnya palsu.
Seorang pengguna Twitter yang bernama [Dinie](https://twitter.com/dinieziliqram) memberitahu gadis tersebut bahawa kasut yang dibelinya itu palsu. Bagaimanapun gadis ini tetap bertegas bahawa kasut yang dibelinya itu original.
Image via Dinie/Twitter
Malahan, apa yang lebih membuatkan ramai kesal, gadis ini turut memperlekehkan sesiapa yang menegurnya
Image via Instagram @littlemisskhan
Image via Little Miss Khan/Twitter
Tambahnya lagi, beliau mempunyai personal shopper sendiri untuk membeli barang-barang kesukaannya yang tiada di Malaysia
Image via Little Miss Khan/Twitter
Selepas beberapa jam isu itu menjadi viral, gadis ini nampaknya dengan sengaja mengeluarkan tweet yang seakan-akan ingin menampakkan beliau sememangnya kaya
Image via Little Miss Khan/Twitter
Image via Little Miss Khan/Twitter
Untuk pengetahuan anda, kasut ini sebenarnya boleh didapati di pasaran dalam lingkungan RM3000-RM4500 bergantung kepada saiznya
**Tetapi kenapa sangat mahal?**
Ini kerana kasut ini direka oleh rapper terkenal iaitu **Kanye West** dan kuantiti kasut ini adalah sangat terhad di seluruh dunia. *Limited edition* lah katakan.
Disebabkan beliau kini adalah salah seorang ikon fesyen dunia, jadi apa sahaja yang dipakainya akan menjadi perhatian.
Image via thesolesupplier.co.uk
Dan kalau anda nak tahu, Kasut Yeezy 350 harga asalnya adalah dalam sekitar RM800 sahaja
Image via www.23isbackshop.com
Agak-agak macam manalah rasanya kalau anda terhabiskan RM12 ribu untuk kasut fake?
Image via giphy.com


