adidas Perkenal Koleksi Jersi Terbesar Menjelang Piala Dunia FIFA 2026
Sebanyak 22 pasukan bakal menyarung jersi keluaran adidas menjelang Piala Dunia FIFA 2026 tidak lama lagi.
Cover image via adidasFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
adidas baru-baru ini melancarkan jersi rasmi untuk 22 pasukan menjelang Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Canada, Mexico dan Amerika Syarikat
Jersi yang dilancarkan termasuk pasukan seperti Algeria, Argentina, Belgium, Chile, Colombia, Costa Rica, Jerman, Hungary, Itali, Jepun, Mexico, Ireland Utara, Peru, Qatar, Arab Saudi, Scotland, Sepanyol, Sweden, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Venezuela dan Wales.

Koleksi ini menggabungkan identiti bersejarah dan tradisi setiap negara dan menggambarkannya dalam rekaan moden yang berpandangan jauh.
Reka bentuk ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara setiap generasi peminat, menjelang kejohanan besar seperti temasya Piala Dunia.
Susunan jersi yang berani mencerminkan jiwa setiap negara melalui warna dan corak yang meraikan aspek utama identiti setiap negara
Daripada sejarah mereka yang kaya hinggalah landskap terkenal, seni bina tradisional dan reka bentuk kit ikonik masa lalu, setiap jersi adidas bertujuan untuk menyatukan peminat dengan semangat bersama untuk negara.
adidas juga menggunakan teknologi seperti CLIMACOOL+ dan lubang jaring yang diletakkan secara strategik pada fabrik untuk mengatasi cabaran cuaca panas sekaligus membolehkan pengudaraan yang terbaik.

Jersi juga menampilkan lambang persekutuan dan logo adidas baharu yang diaplikasikan menggunakan teknik lentikular haba, menghasilkan kesan visual yang berubah bentuk unik dan inovatif
Sam Handy, Pengurus Besar Bola Sepak adidas berkata: "Jersi kebangsaan ialah simbol perpaduan dan kebanggaan sesebuah negara. Ketika pasukan melangkah ke pentas dunia dalam Piala Dunia terbesar yang pernah diadakan, mereka membawa harapan generasi baharu peminat sambil mewakili mereka yang datang sebelum ini. Piala Dunia ialah tentang mencipta detik yang melangkaui stadium, maka kami mereka bentuk jersi ini sebagai penghormatan kepada akar budaya setiap negara sambil meraikan era di mana setiap peminat menjadi sebahagian daripada kisah ini."

Thomas Mace, Naib Presiden Reka Bentuk adidas Football pula menambah: "Mereka bentuk barisan jersi untuk Piala Dunia FIFA 2026 adalah mengenai menghormati identiti unik setiap negara sambil mendorong sempadan inovasi dan prestasi. Setiap jersi menceritakan kisah, menggabungkan warisan budaya dengan estetika moden dan dihasilkan menggunakan teknologi tercanggih kami bagi memastikan pemain kekal sejuk dan selesa di pentas bola sepak terbesar. Daripada butiran visual yang berani hingga logo lentikular dan sistem pengudaraan inovatif, koleksi ini mewakili masa depan reka bentuk jersi bola sepak."
Semua jersi pasukan kebangsaan adidas kini telah mula dijual sejak 6 November yang lalu, anda boleh dapatkannya di www.adidas.com.my dan kedai runcit terpilih.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



