adidas Brand Center Di Sunway Pyramid Kini Berwajah Baharu, Jadi Hab Kreatif Untuk Semua
adidas Brand Center menjadi medan kreatif sejati, menggabungkan sukan, 'streetwear' dan budaya sebagai satu destinasi.
Cover image via adidasmy (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peneraju global dalam industri barangan sukan, adidas tampil membuka semula butik Brand Center di Sunway Pyramid secara rasmi baru-baru ini dengan menampilkan wajah serba baharu yang kreatif, interaktif serta imersif
Pembaharuan semula penampilan butik merentasi dua aras itu dilabelkan sebagai mercu tanda kreatif bagi adidas di mana sukan, gaya jalanan dan budaya bersatu disamping meraikan identiti setempat.
Di dalam butik berkenaan, adidas membahagikan beberapa ruang yang dimiliki kepada beberapa zon mengikut jenis sukan, aktiviti serta fesyen di bawah jenamanya.
Di tengah-tengah Brand Center ini pula terletak peranannya sebagai medan kreatif. Ruang yang didedikasikan untuk menyemarakkan imaginasi, memperjuangkan keunikan individu, dan memperkasakan ekspresi diri.

Kerjasama dengan dua artis Malaysia yang kini menjadi tonggak seni ruang di adidas Brand Center
Kaiyi Wong dari Unreality Studio
Dikenali sebagai Unrealitykai, Kaiyi Wong adalah pereka dan artis digital Malaysia yang meneroka sempadan antara dunia nyata dan maya. Sebagai Pengasas Unreality Studio, beliau mengaburkan garis antara seni dan seni bina, ruang dan imaginasi.
Karya seni Kaiyi, yang terletak di belakang kaunter juruwang di aras Bawah Tanah (LG), menyatukan sukan, budaya, keterangkuman, dan kelestarian dalam satu pernyataan berani dengan mentafsir semula adidas Badge of Sport melalui lensa budaya Malaysia sebagai ikon kontemporari identiti, kemajuan, dan masa hadapan.

AsmoeRoc
Apabila pelanggan menaiki eskalator dari aras Bawah Tanah (LG) ke aras Tanah (GF), mereka disambut oleh bahasa seni jalanan yang berani oleh AsmoeRoc. Sebagai penulis grafiti dan arkitek yang aktif, AsmoeRoc menggabungkan subbudaya hip-hop dengan elemen seni bina untuk mencipta gaya tersendiri, yang dikenali secara global kerana garisan rumit, watak yang kuat, dan perincian yang berani. Karya beliau yang terletak di sebelah eskalator, menyalurkan tenaga mentah Kuala Lumpur ke dalam bentuk arca. Diinspirasikan oleh rentak bandar, instalasi itu membina blok bandar surreal di mana denyutan adidas selari dengan degupan jantung jalanan.
Kerjasama ini mengubah adidas Brand Center menjadi lebih daripada sekadar kedai. Dari tafsiran semula sukan oleh Kaiyi yang berpandangan jauh ke hadapan hinggalah kod urban AsmoeRoc, Brand Center ini menjadi destinasi budaya di mana seni menginspirasi komuniti untuk membayangkan semula kreativiti.

Pengalaman imersif dan tawaran eksklusif
Selain menjadi ruang yang menginspirasi, adidas Brand Center yang dibuka semula di Sunway Pyramid ini juga menggalakkan pembeli meneroka kreativiti mereka sendiri melalui beberapa zon imersif, yang setiap satunya direka untuk mencetuskan imaginasi dan ekspresi diri.
- Dinding Kasut (Footwear Wall) berdiri sebagai tumpuan dinamik, mempamerkan inovasi prestasi terbaru adidas. Ia adalah sambutan reka bentuk dan teknologi, menginspirasi pengunjung untuk menolak had kemungkinan.
- Seterusnya, kawasan 'Key City Tee' mencerminkan komitmen adidas untuk meraikan budaya tempatan. Menangkap semangat Malaysia, ia menghubungkan identiti global adidas dalam ekspresi tempatan yang unik, simbol kebanggaan dan kreativiti yang boleh dipakai.
- Di Simulator Sukan Permotoran (Motorsport Simulator), imaginasi mengambil alih stereng. Di sini, pelanggan dapat merasakan adrenalin trek perlumbaan melalui teknologi terkini.
- Akhir sekali, kreativiti mencapai kemuncaknya di kaunter 'Made For You'. Kawasan khusus ini menjemput pelanggan untuk merekabentuk dan menyesuaikan produk adidas mereka sendiri. Setiap perincian menjadi pernyataan peribadi, menjadikan setiap ciptaan sesuatu yang unik peribadi.

Dalama pada itu, ruangan di adidas Originals turut berfungsi sebagai hab budaya Brand Center yang ikonik, dikurasi, dan progresif. Manakala, Bahagian Latihan (Training Section) dibina untuk menginspirasi disiplin dan prestasi. Ruangan ini mengubah adidas Brand Center menjadi medan kreatif sejati, menggabungkan sukan, 'streetwear' dan budaya sebagai satu destinasi yang berani di mana imaginasi menjadi nyata.
Untuk meraikan pembukaan adidas Brand Center di Sunway Pyramid, pelanggan berpeluang mendapatkan pengalaman 'Dip Dye' eksklusif dengan setiap pembelian adizero EVO SL, tersedia dari 10 hingga 12 Oktober 2025 (sementara stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat).
adidas Brand Center terletak di Aras LG, 1.18 – 1.20A, dan Aras G, 1.17 – 1.19, Sunway Pyramid, beroperasi dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi adidas di www.adidas.com.my atau ikuti Facebook www.facebook.com/adidasMY dan Instagram @adidasMY!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



