Diheret, Dipukul Dan Dihentak – Adib Maut Atas Perbuatan Jenayah Orang Tak Dikenali

Mahkamah telah pun membuat keputusan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & MalayMail
Logo

Prosiding inkues Adib berlangsung selama 41 hari bermula 11 Februari lalu dan menyaksikan 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Image via null

Kematian Adib adalah disebabkan impak perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali

Koroner Rofiah Mohamad ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diheret keluar dari van bomba pada masa kejadian.

Beliau berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara 20 dan 30 orang berkumpul.

Image via null

Peguam yang mewakili keluarga Adib menangis sebaik Mahkamah Koroner memberikan keputusan punca kematiannya

Peguam Syazlin Mansor yang pernah mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu terpaksa ditenangkan suami dan beberapa peguam lain.

Dalam prosiding itu, Koroner Rofiah Mohamad juga dilihat sebak ketika membacakan keputusan inkues kematian Adib pagi tadi.

Image via null

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adib diserang dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman di USJ25 pada 27 November 2018. BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: