“Ada… Tapi Macam Tu Lah” – Iklan Raya Takaful IKHLAS Ini Buat Ramai Sebak Dan Terus Rindu Mak
Tanpa dialog yang berlebihan namun cukup untuk menyentuh hati dan buatkan kita teringat kepada orang yang tersayang

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Takaful IKHLAS
Setiap kali Raya, kita sibuk fikir nak pakai baju warna apa, nak ambil gambar family macam mana dan nak masak menu apa buat para tetamu
Tapi pernah tak dalam semua kemeriahan itu tiba-tiba hati rasa kosong sekejap?
Kita mula terfikir cukupkah masa yang kita luangkan bersama ibu? Pernah tak kita betul-betul beri perhatian sepenuhnya kepada ibu? Atau kita sekadar ada tanpa benar-benar mendengar dan luangkan masa bersama.
Tahun ini, Takaful IKHLAS tampil dengan sebuah Iklan Raya yang bukan sekadar buat kita tersenyum namun berjaya buat kita diam dan berfikir panjang. Kami sarankan anda sediakan tisu sebelum tonton.
Di sebalik senyuman, ada hati yang pernah terluka

Menampilkan gandingan mantap Bront Palarae dan Fauziah Dato' Ahmad Daud, filem pendek ini membawa kisah yang sangat dekat dengan realiti ramai daripada kita.
Ia bukan kisah dramatik yang sarat dengan tangisan. Sebaliknya, emosi hadir secara perlahan tapi tepat menusuk ke hati.
Satu babak yang pasti buat ramai tersentak ialah apabila makcik bertanya dengan lembut:
"Eh makcik nak tanya satu soalan boleh? Kamu ada ibu lagi?"
Jawapan yang diberi ringkas.
"Ada. Tapi… macam tu lah."
Ringkas tapi sarat dengan makna.
Satu frasa biasa yang membawa seribu rasa rindu, jarak dan mungkin juga penyesalan. Ringkas tapi sarat dengan makna.
Beberapa langkah kemudian, soalan yang sama diajukan kembali.
"Makcik? Ada anak?"
"Ada… tapi… macam tu lah."
Pada ketika itulah, kita sedar kadang-kadang hubungan yang paling dekat juga boleh terasa jauh.
Lakonan hebat yang tak perlu dipertikai

Kalau sebut nama Bront Palarae dan Ogy Ahmad Daud, memang tak perlu diperkenalkan lagi.
Tapi dalam iklan ini, kedua-duanya tampil dengan lakonan yang cukup sederhana… namun sangat menyentuh hati.
Tiada dialog berlebihan dan tiada adegan melampau. Hanya pandangan mata, nada suara yang lembut dan lontaran kata yang tepat.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap senyuman di Hari Raya, ada hati yang mungkin pernah terluka namun tetap memilih untuk IKHLAS menyayangi.
Iklan raya yang buatkan ramai dapat 'relate'

Sebab kita semua pernah ada fasa "macam tu lah".
Hubungan dengan ibu yang tak selalu bergaduh tapi tak juga serapat dulu.
Anak yang sayang… tapi jarang pulang. Ibu yang rindu… tapi tak mahu membebankan.
Filem ini seimbangkan antara sentuhan humor kecil, nostalgia kampung serta refleksi yang menyentuh hati.
Ia tak memaksa kita menangis tapi bila habis sahaja tontonan, kita mungkin terus capai telefon dan hubungi mak.
Sekiranya anda juga rasa yang sama, mungkin mesejnya sudah sampai.
Iklan raya paling IKHLAS tahun ini

Takaful IKHLAS bukan sekadar menghasilkan sebuah filem Raya. Mereka menghadirkan sebuah peringatan bahawa keikhlasan adalah asas kepada setiap hubungan.
Lebih-lebih lagi hubungan antara ibu dan anak.
Kalau tahun ini anda mencari sesuatu yang lebih bermakna daripada nostalgia Raya, mungkin inilah tontonan yang ada perlukan.
Saksikan Iklan Raya Paling IKHLAS ini secara eksklusif di YouTube dan rasai sendiri momen yang pasti melekat di hati.
Jangan lupa kongsikan dengan insan tersayang kerana mungkin, mereka juga sedang rasa "macam tu lah".

