Ada Plan Nak Bercuti Ke Türkiye? Istanbul Lokasi Paling Ngam Untuk Satu Keluarga Luangkan Masa Bersama

Dekat Istanbul memang banyak lokasi sesuai untuk cipta memori indah bersama-sama keluarga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Luxe & Goran Bogicevic/Vecteezy

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh AirAsia X.

Kalau tengah plan nak bawa family bercuti, Istanbul memang patut masuk dalam bucket list

Kalau sebut Istanbul, mesti ramai yang terbayang kota penuh sejarah dengan masjid-masjid indah dan pasar yang sibuk.

Tapi tahukah anda, Istanbul sebenarnya merupakan lokasi yang sangat family-friendly untuk sesiapa yang nak bawa anak-anak bercuti sambil rasa tenang sebab semuanya mesra keluarga.

Jom kita tengok apa pengalaman yang wajib anda cuba kalau plan family trip ke Istanbul:

1. Naik Feri menyusuri Selat Bosphorus

Salah satu aktiviti simple tapi paling memorable untuk anda sekeluarga adalah naik feri menyusuri Selat Bosphorus. Dengan harga tiket yang murah, anda dah boleh dapat pengalaman macam naik cruise!

SAYS.com
Image via Bosphorus Cruises

Anak-anak confirm seronok bila nampak burung camar terbang ikut feri, sementara parents pula boleh duduk relaks di dek terbuka sambil hirup udara sejuk. Paling istimewa, dalam satu perjalanan je anda boleh nampak dua benua sekali gus, Asia di satu sisi dan Eropah di sisi lain.

SAYS.com
Image via Reddit

Kalau nak elak sesak, pilih waktu pagi atau senja. Pemandangan waktu matahari terbenam memang cantik dalam masa yang sama tetap family-friendly sebab anak-anak pun boleh enjoy tengok lampu kota Istanbul mula menyala.

2. Ice Cream Show, trick aiskrim yang confirm buat satu keluarga dekah

Kalau travel dengan anak-anak, benda yang wajib dibuat adalah singgah beli dondurma (aiskrim Türkiye). Tapi ni bukan sekadar beli aiskrim malah datang dengan hiburan sekali!

Vendor biasanya akan buat persembahan bergurau dengan pelanggan yang mahu membeli ais krim dengan batang besi panjang. Siapa yang jadi mangsa tu siap-siaplah kena prank dengan abang jual aiskrim.

Bila anda akhirnya dapat aiskrim tu, boleh rasa strukturnya pekat, kenyal, dan memang sedap. Memang lain daripada aiskrim biasa yang kita makan di Malaysia.

SAYS.com
Image via 3 Cows

3. Street Food halal, memudahkan dan sedap

Soalan paling biasa kita dengar bila travel ke luar negara: "Senang ke nak cari makan halal?" Untuk Istanbul, anda memang tak perlu risau sebab negara Türkiye itu sendiri memang majoritinya didiami oleh orang Islam.

Makanan halal sememangnya ada di mana-mana. Antara street food yang wajib anda sekeluarga cuba:

  • Simit – roti bulat bertabur bijan, rangup di luar, lembut di dalam. Anak-anak pasti suka sebab senang nak makan sambil jalan.
  • Kebab – pelbagai jenis ada dari kebab ayam sampai daging, biasanya dihidang dengan roti pita panas. Confirm kenyang!
  • Jagung rebus atau bakar dan chestnuts panggangsimple tapi ada rasa authentic Istanbul, sesuai untuk snek pada waktu petang.

SAYS.com
Image via Chef Denise
SAYS.com
Image via Guided Istanbul Tour
SAYS.com
Image via Yummy Istanbul

Kalau ada yang picky eater sekalipun, mesti ada satu hidangan yang mereka akan suka. Mak dengan ayah pun senang hati sebab tak perlu pening kepala cari makanan yang sesuai.

SAYS.com
Image via Chef Denise

4. Taman-taman yang menghijau sesuai untuk lepaskan penat dan tenangkan jiwa

Travel dengan anak-anak biasanya akan perlukan banyak tenaga. Jadi, penting untuk ada masa rehat di tempat yang luas dan selamat. Istanbul ada banyak taman cantik yang sesuai untuk family picnic atau sekadar nak chill pun boleh.

Antara taman yang boleh dilawati ialah Gülhane Park, sebuah taman bersejarah yang terletak bersebelahan Topkapi Palace. Taman ini penuh dengan bunga yang berwarna-warni, pepohon rendang dan ruang lapang yang luas untuk anak-anak bermain.

SAYS.com
Image via Istanbul Tourist Information

Ibu bapa pula boleh ambil peluang untuk duduk bawah pokok sambil nikmati teh Turki panas dari kafe berdekatan.

SAYS.com
Image via Expedia

5. Mudah kalau nak singgah berhenti solat di mana-mana

Satu lagi sebab kenapa Istanbul sesuai untuk family trip adalah kemudahannya yang sememangnya mesra Muslim.

Masjid ada hampir di setiap kawasan, jadi senang sangat nak berhenti solat walaupun tengah sibuk berjalan.

Makanan halal pula tak jadi isu langsung sebab majoriti makanan memang halal. Anda boleh cuba macam-macam tanpa was-was.

Tambah pula dengan orang tempatan yang terkenal dengan keramahan mereka suka senyum, sudi menolong dan mesra dengan pelancong.

SAYS.com
Image via Bucket List Travels
SAYS.com
Image via Istanbul Travel Blog

Kalau nak ke Istanbul sekeluarga dengan bajet yang berpatutan, AirAsia X lah jawapannya

Dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Istanbul empat kali dalam seminggu, anda boleh dapatkan tambang all-in one-way fares bermula daripada hanya RM799*.

  • Tempoh tempahan: 29 September hingga 5 Oktober 2025
  • Tempoh penerbangan: 15 Oktober 2025 hingga 14 September 2026


*Termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat

Jadi tunggu apa lagi? tempah tiket sekarang di laman web AirAsia atau di aplikasi AirAsia MOVE untuk nikmati percutian penuh memori bersama keluarga di Istanbul!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS