“Ada Aku Kisah Tak Dapat Jawatan” – Ahmad Maslan

Kenyataan ini dibuat gara-gara gambar lamanya telah dijadikan 'meme' dan hiburan yang disalahgunakan serta disebarkan kepada orang ramai melalui laman-laman sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sun Daily
Logo

Semalam, 9 Mac, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahannya

Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Menteri Kabinet seramai 31 orang dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri tetapi menamakan empat Menteri Kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas.

Barisan Menteri bagi Kerajaan Perikatan Nasional ini juga terdiri daripada gabungan parti BERSATU, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak serta beberapa orang ahli parlimen bebas.

Bukan itu sahaja, tidak dapat dinafikan banyak wajah-wajah baru yang diangkat sebagai Menteri Kabinet termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, serta CEO CIMB Bank, Tengku Dato Seri Zafrul sebagai Menteri Kewangan.

Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Image via World Times News

Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri), Tengku Dato Seri Zafrul

Image via FMT

Susulan daripada pengumuman itu, terdapat beberapa warganet yang menyuarakan mengapa ahli politik dari parti UMNO-BN, Datuk Seri Ahmad Maslan, tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Menyedari perkara itu, DS Ahmad Maslan telah tampil dengan kenyataannya sendiri ekoran tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet

Kenyataan ini juga dibuat gara-gara gambar lamanya telah dijadikan 'meme' dan hiburan yang disalahgunakan serta disebarkan kepada orang ramai melalui laman-laman sosial.

Menggunakan laman Twitter miliknya, DS Ahmad Maslan secara berseloroh mengatakan beliau tidak kisah tidak menjadi menteri. Bukan itu sahaja, beliau turut mengumumkan akan mengambil PhD di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur.

Ternyata ramai yang terhibur dengan DS Ahmad Maslan. Bahkan, rata-rata turut mengucapkan selamat maju jaya kepada dirinya.

Alhamdulillah. Selamat menuntut ilmu DS Ahmad Maslan!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah kenal Menteri Kewangan baru kita?

Jom try masak resepi-resepi dari DS Ahmad Maslan!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: