ACTIF Gesa Majikan Utamakan Senaman Mobiliti, Tangani Risiko Sakit Kronik Pekerja Pejabat

Gesaan itu susulan kebimbangan terhadap peningkatan gangguan muskuloskeletal (MCD) akibat gaya hidup sedentari atau tidak aktif.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Jurulatih Bertauliah dalam Kecergasan (ACTIF) mengeluarkan gesaan penting kepada majikan di seluruh Malaysia agar menyepadukan senaman berfokuskan mobiliti ke dalam rutin harian di tempat kerja

Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap peningkatan gangguan muskuloskeletal (MCD) akibat gaya hidup sedentari atau tidak aktif.

Data daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan trend membimbangkan dalam penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi dan diabetes, yang sering dikaitkan dengan kekurangan pergerakan fizikal kronik dalam kalangan orang dewasa.

SAYS.com
Image via ACTIF Malaysia (Facebook)

Presiden ACTIF, Husaini bin Mohd Yusoff, menegaskan bahawa duduk terlalu lama di hadapan komputer bukan sahaja merosakkan postur badan, malah mengurangkan fleksibiliti sendi yang membawa kepada kesakitan kronik.

"Ia bukan tentang intensiti, tetapi konsistensi. Pergerakan kecil yang dilakukan secara berkala sepanjang waktu bekerja boleh meningkatkan kesihatan sendi dan mengurangkan ketidakselesaan secara drastik," jelas beliau.

Latihan praktikal untuk sektor korporat

Sebagai bukti komitmen, ACTIF baru-baru ini telah menjalankan sesi latihan mobiliti khas untuk kakitangan Datametrics Research and Information Centre (DARE). Sesi yang diketuai oleh Naib Presiden ACTIF, Shaiful Nizam Omar, memfokuskan kepada teknik mudah yang boleh dilakukan terus di meja kerja (desk stretches).

Antara fokus latihan termasuklah:

  • Penyelarasan Postur: Membetulkan kedudukan tulang belakang.
  • Pelepasan Ketegangan: Mensasarkan kawasan kritikal seperti leher, bahu, bahagian bawah belakang, dan pinggul.
  • Ergonomik Tempat Kerja: Kesedaran cara duduk dan bekerja yang lebih selamat.

SAYS.com
Image via ACTIF Malaysia (Facebook)

Pengurus Besar DARE, Dexter Lee, menyifatkan pendekatan ACTIF sebagai sangat praktikal. "Ia menunjukkan bahawa meningkatkan kesihatan tidak memerlukan perubahan jadual yang besar, sebaliknya memadai dengan amalan kecil yang mampan," katanya.

Inisiatif ACTIF ini selari dengan strategi pencegahan kesihatan nasional Malaysia untuk mengurangkan beban penyakit kronik dan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. ACTIF menyeru lebih banyak organisasi untuk tampil ke hadapan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif menerusi tindakan kolektif.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kecergasan dan mobiliti, hubungi ACTIF melalui laman Facebook rasmi mereka di facebook.com/ACTIFMalaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik