ABPBH Ke-37 Cipta Rekod Baharu Raih Lebih 61 Juta Undian Dalam 21 Hari, Perkenal Calon Akhir Top 10

Lain macam meriah undian edisi kali ini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & ABPBH
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) berjaya mencipta rekod baharu dengan meraih 61,798,766 juta undi sehingga tempoh undian fasa pertama

Dengan membawa tema Satu Keunggulan, tempoh undian untuk fasa pertama bagi edisi kali ini telah ditutup tepat jam 11.59 malam pada 14 Oktober lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah ABPBH37 merangkap Pengarang Berita Kanan Hiburan dan Projek Berita Harian, Shamshul Azree Samshir berkata ia membuktikan acara itu masih relevan dan terus mendapat sokongan padu peminat.

"Penganjur ABPBH37 berbangga mengumumkan proses undian fasa pertama mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah undian tinggi terkumpul dalam tempoh 21 hari selepas ABPBH37 dilancarkan.

"Melangkah ke peringkat seterusnya, penganjur ABPBH37 mengumumkan proses undian membariskan kelompok Top 10 sebagai calon akhir dalam 16 Kategori utama dan kategori sampingan, Ekstra! dilancarkan tepat jam 10 malam 16 Oktober hingga 11.59 malam, 17 November nanti.

"Proses undian boleh dilakukan melalui pilihan undian secara percuma dengan melayari laman web rasmi www.abpbh.com.my," katanya.

Terdahulu, proses undian Top 20 dihentikan sebagai elemen kejutan dalam kerancakan peminat mengundi artis pilihan secara percuma melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Kali pertama dalam sejarah ABPBH, calon akhir Top 10 diperkenalkan bagi memberi peluang kepada peminat menggunakan 'kuasa' untuk mengundi artis pilihan masing-masing

Menurut Shamsul Azree, langkah memperkenalkan calon Top 10 menambah kehangatan pencarian pemenang dalam setiap kategori utama di mana juara yang memperoleh undian tertinggi dalam satu kategori tunggal, layak diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37.

"Kita percaya dengan jumlah finalis bertambah dalam setiap kategori, iaitu tidak lagi tertakluk kepada lima calon akhir atau Top 5 seperti yang lazim dilakukan, ABPBH menjadi lebih meriah.

"Dengan kuasa di tangan peminat, jumlah undian bagi setiap calon akhir berpotensi mencipta kejutan dengan undian berubah-ubah hingga minit terakhir pemilihan pemenang dibuka.

"Apatah lagi dalam kelompok calon yang lebih ramai berbanding lima orang sebelum ini, kehangatan dan debaran memilih pemenang lebih dirasakan.

"Kita harap artis Top 10 dan peminat dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk berinteraksi, merapatkan saf dan sama-sama menjayakan proses undian hingga tarikh tutup pada jam 11.59 malam 17 November ini.

"Sejak dilancarkan hampir empat dekad lalu, ABPBH tidak pernah lari daripada matlamat asal iaitu merancakkan industri kreatif dan menjadi platform merapatkan hubungan antara penggiat seni dan peminat. Tanpa sokongan peminat, pentas seni pastinya sunyi dan hilang seri," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: