Abang Panda Viral Titip Penghargaan Buat TokTi Yang Jadi Punca Banyak ‘Job’ & Rezeki Masuk
Difahamkan, lelaki itu tular selepas menggunakan filter wajah Siti Nurhaliza semasa menghantar makanan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak menyangka tindakannya itu akan tular sehingga mendapat perhatian Dato Sri Siti Nurhaliza, individu ini menzahirkan penghargaan buat biduanita negara kerana banyak 'membuka' pintu rezeki buatnya
Itulah yang dikongsi @m_syah menerusi sebuah video di laman sosialnya memberitahu bagaimana tindakan berseloroh menggunakan filter wajah biduanita negara itu telah membuatkannya mendapat pelbagai rezeki.
"Semua orang boleh ciptakan kandungan, saya bukan ciptakan kandungan, saya menceritakan isi kandungan dan ini isi kandungan perjalanan kisah cerita saya 2025.
"Jika di tahun 2024 saya minta maaf pada Tokti, di tahun 2025 saya ingin berterima kasih kepadanya kerana asbab beliau saya boleh sampai ke tahap hari ini," tulisnya.
Menurutnya, semuanya bermula apabila namanya disebut dalam konsert penyanyi di mana dia turut hadir, membuatkan namanya terus dikenali ramai.
"Semuanya bermula di Axiata Arena, insan yang telah membukakan pintu rezeki saya di suatu malam ialah Tokti, dan kisah hidup saya mula didengari di media sosial," dedahnya.
Mula mendapat banyak tawaran untuk tujuan komersial
Setelah namanya semakin dikenali ramai, satu persatu rezeki datang kepadanya di mana dia dapat tawaran daripada pelbagai jenama.
"Saya mula menjadi tumpuan masyarakat, mula berkongsi pengalaman dan menjadi KOL untuk syarikat yang saya bekerja, Foodpanda, menjadi muka depan jenama minuman terkenal iaitu 100 Plus dan mula menjadi contoh untuk rider lain di luar sana.
"InsyaAllah jika kita bekerja secara ikhlas dan babitkan Allah dalam setiap urusan kita, rezeki kita sentiasa ada walaupun cuma penghantar makanan.
"Jangan sesekali bandingkan rezeki kita dengan orang lain keran setiap orang ada jalan cerita yang berbeza. Saya mula faham apa maksud dalam rezeki kita ada rezeki orang lain," katanya.

Bantu promosi perniagaan-perniagaan kecil dengan platform yang ada
Kini dia pula mahu memanfaatkan platfrom yang ada untuk membantu peniaga-peniaga lain dengan harapan boleh naik seperti apa yang telah dikecapinya.
"Waktu untuk saya membantu untuk buka pintu rezeki orang lain dengan membantu kedai makanan tanpa berkira sebab kita tak pernah tahu asbab pertolongan kecil mungkin kunci buka pintu rezeki orang lain seperti Tokti buat pada saya.
"Kepada netizen selalu pandang rendah kepada kami, mungkin pekerjaan kami tidak sehebat anda, setidaknya kami masih bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal dan tidak menghina rezeki orang lain.
"Jika kamu memilih untuk menjadi influencer, paparkanlah kebaikan untuk penontonmu dan teruslah tersenyum walaupun dunia tak memihak kepada kamu, sebelum kamu kembali kepada Pencipta," ujarnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



