Aaron-Wooi Yik Tamatkan Kemarau 18 Tahun Negara, Rangkul Gelaran ‘Raja Asia’ Di China

Aaron-Wooi Yik berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2025 dalam kategori beregu lelaki.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun negara untuk merangkul gelaran juara dalam kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila melakar kemenangan di pentas final di Ningbo, China semalam

Menurut laporan Berita Harian, seperti aksi peringkat empat terakhir, bekas juara dunia itu hanya memerlukan aksi straight set 21-19, 21-17 untuk mengalahkan pasangan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.

Tiba di gelanggang sebagai pilihan, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking enam dunia tampil dengan corak permainan agresif dan ia tampak sukar dibalas Bo Yang-Liu Yi.

Sentiasa mendahului permainan, Aaron-Wooi Yik menamatkan permainan set pertama dengan smash kencang ke kanan gelanggang yang gagal dibaca Liu Yi.

Pada set kedua, permainan sedikit goyah ditampilkan pasangan negara malah pada satu ketika ketinggalan 8-12.

Aaron-Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun selepas menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2025.

Image via Lee Chong Wei 李宗伟 (Facebook)

Aaron-Wooi Yik bangkit mendahului 13-12 dan terus di depan sehingga permainan berakhir dalam tempoh 47 minit disaksikan oleh ribuan peminat tuan rumah China

Kemenangan menyaksikan Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,000 (RM163,715).

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di BAC adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ketika edisi 2007.

Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,000 (RM163,715).

Image via Lee Chong Wei 李宗伟 (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: