Aaron-Wooi Yik & Pearly-Thinaah Rangkul Kejuaraan Berganda Malaysia Di Terbuka Thailand
Kedua-dua pasangan beregu ini membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (RM161,710) setiap satu, manakala naib juara memperoleh USD18,050 (RM77,780).
Cover image via Yonex Sunrise Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia berjaya merangkul kejuaraan berganda di kejohanan badminton Terbuka Thailand 2025 menerusi kemenangan kedua-dua beregu wanita dan lelaki diwakili Pearly Tan, Thinaah Muralitharan dan Aaron Chia, Soh Wooi Yik
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memperoleh gelaran juara beregu lelaki selepas menghadapi tiga set yang mendebarkan menentang pemain Denmark, William Kryger Boe dan Christian Faust Kjaer di Bangkok pada Ahad, 18 Mei.
Beregu No. 5 dunia itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 20-22, 21-17, 21-12 dalam perlawanan yang menegangkan selama 60 minit di Stadium Nimibutr.
Kejuaraan ini memberikan gelaran kedua mereka musim ini, setelah sebelum ini memenangi Kejohanan Badminton Asia pada Mac menandakan kali pertama mereka merangkul dua gelaran dalam tahun yang sama.
Image via Facebook
Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan cipta sejarah menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama merangkul kejuaraan di Terbuka Thailand
Kejuaraan di Terbuka Thailand ini memberikan rekod baharu buat mereka apabila pasangan tersebut menjadi beregu wanita pertama dari Malaysia memenangi Terbuka Thailand sejak ia diperkenalkan pada tahun 1984.
Pasangan Pearly-Thinaah mempamerkan aksi yang mantap untuk menewaskan pemain Korea Selatan Jeong Na Eun dan Lee Yeon Woo dalam straight set, 21-16, 21-17, sekali gus memastikan gelaran Jelajah Dunia keempat mereka sebagai pasangan beregu.
Terdahulu, beregu No. 4 dunia ini telah memenangi tiga kejuaraan Jelajah Dunia iaitu Terbuka Switzerland (2021), Terbuka Perancis (2022) dan Terbuka Hong Kong (2024).
Image via Facebook
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


