Aaron-Wooi Yik, Nor Farah Ain Dinobat Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2024

Ia selepas pencapaian membanggakan dengan mempertahankan pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi laporan Berita Harian, ini adalah gelaran kedua yang diraih gandingan ranking kelima dunia itu pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) selepas turut meraihnya pada tahun 2022.

Bagi kali ini, Aaron-Wooi Yik mengetepikan empat lagi calon perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia, Wong Weng Son (wushu), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Abdul Latif Maxzakir (silat).

Untuk rekod, antara pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang pernah meraih gelaran dunia pada 2022, adalah menjuarai Masters Korea, naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia tahun lalu.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) bersama pemenang anugerah utama pada majlis Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur.

Image via Berita Harian

Nor Farah Ain dinobat selaku Olahragawati

Dalam pada itu, atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah dinobat selaku Olahragawati Kebangsaan selepas mengetepikan empat lagi calon Sin Li Jane (boling), Tan Cheong Min (wushu), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek) dan Nor Farah Mazlan (silat).

Bukan itu sahaja, atlet berusia 24 tahun itu turut melakar sejarah tersendiri apabila muncul selaku atlet boling padang pertama yang meraih gelaran terunggul ASN.

Antara pencapaian Nor Farah tahun lalu adalah meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands.

Selain itu, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin meraih gelaran Olahragawan Paralimpik keduanya di anugerah berprestij berkenaan selepas turut dinobatkan pada 2023.

Gelaran Olahragawati Paralimpik 2024 pula diraih atlet boling padang para, Hasmunirah Malik yang mengetepikan empat lagi pencabar, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal), Nur Suraiya Muhamad Zamri (para berbasikal), Noor Askuzaimey Mat Salim (boccia) dan Noor Imanina Idris (para olahraga).

Berikut adalah penerima bagi Anugerah Sukan Negara 2024

Olahragawan:

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (badminton)

Olahragawati:

Nur Farah Ain Abdullah (boling padang)

Olahragawan Para:

Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)

Olahragawati Para:

Hasmunirah Maliki (boling padang)

Pasukan Lelaki:

Sepak takraw

Pasukan Wanita:

Tenpin boling

Jurulatih Lelaki:

Jamil Adam (powerlifting)

Jurulatih Wanita:

Siti Rahmah Mohamed Nasir (pencak silat)

Anugerah Tokoh Sukan:

Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam

Anugerah Kepimpinan Sukan:

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

Anugerah Khas:

Allahyarham Datuk Hasbullah Awang

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia

Selangor Red Giants eSports MLBB

Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim

Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: