99 Speed Mart Sumbang 15,000 Bakul Perayaan Bernilai RM700,000 Sempena Aidilfitri & CNY

Setiap bakul makanan yang disumbangkan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas bagi persiapan meja hidangan perayaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via 99 Speed Mart
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rangkaian pasar raya mini terkemuka tanah air, 99 Speed Mart, terus memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyalurkan sumbangan besar buat golongan memerlukan sempena sambutan berganda Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina tahun ini

Menerusi inisiatif murni ini, sebanyak 15,000 set bakul perayaan dengan nilai keseluruhan melebihi RM700,000 telah diagihkan di seluruh negara. Program ini dijayakan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkuasa termasuk Pejabat Menteri Besar, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan rangkaian rumah kebajikan.

Setiap bakul makanan yang disumbangkan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas bagi persiapan meja hidangan perayaan, antaranya:

  • Barangan Ruji: Beras, tepung gandum, gula, dan bihun.
  • Keperluan Tradisi: Kurma dan beras ketupat.
  • Pelengkap Hidangan: Biskut, kordial, dan minuman manis.

Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang, menyatakan bahawa inisiatif ini adalah cerminan dedikasi syarikat dalam menyokong kesejahteraan masyarakat agar semua lapisan komuniti dapat menyambut perayaan dengan lebih sempurna dan ceria.

SAYS.com
Image via 99 Speedmart

Tanda penghargaan kepada pelanggan

Selain membantu meringankan beban penerima, program ini juga merupakan simbol penghargaan 99 Speed Mart kepada jutaan pelanggan yang terus memilih mereka sebagai destinasi utama barangan keperluan harian.

"Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pelanggan menjadi asas kepada kami untuk terus memberi nilai tambah kepada komuniti serta menyumbang secara mampan kepada masyarakat," ujar Eng Kwang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah bahawa semangat perpaduan dan kebersamaan dapat diperkukuhkan melalui amalan berkongsi rezeki, selaras dengan nilai-nilai murni yang dibawa oleh kedua-dua perayaan besar di Malaysia ini.

Sebagai syarikat yang kini disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, 99 Speed Mart terus memacu pertumbuhan agresif dengan memiliki lebih 3,000 cawangan di seluruh negara. Kejayaan ini meletakkan mereka sebagai salah satu rangkaian peruncitan paling ikonik yang memfokuskan kepada konsep kemudahan pengguna dan harga yang berpatutan.

SAYS.com
Image via 99 Speedmart

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik