9 Spesies Paus & Ikan Lumba-Lumba Bakal Terima Perlindungan Di Bawah Akta Perikanan
Pindaan yang bakal dilaksanakan bertujuan memperkukuh usaha pemuliharaan hidupan liar marin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sembilan spesies mamalia marin di Malaysia akan menerima perlindungan di bawah pindaan Akta Perikanan yang baharu
Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain berkata dalam satu kenyataan semalam, 19 Februari, pindaan itu akan melanjutkan amalan kawal selia, perlindungan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap ancaman kepada spesies yang terlibat.
Secara khususnya, Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Terancam) 1999, di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985, sedang dipinda untuk memasukkan spesies baharu tersebut.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Knut Troim / UnsplashBerikut adalah spesies paus dan ikan lumba-lumba yang terlibat:
- Balaenoptera omurai (Paus Omura)
- Peponocephala electra (Paus Melon-headed)
- Feresa attenuata (Paus pembunuh Pygmy)
- Tursiops aduncus (Ikan lumba-lumba Indo-Pacific bottlenose)
- Stenella coeruleoalba (Ikan lumba-lumba Striped)
- Stenella attenuata (Ikan lumba-lumba Pantropical spotted)
- Ziphius cavirostris (Paus Cuvier's beaked)
- Steno bredanensis (Ikan lumba-lumba Rough-toothed)
- Kogia sima (Paus Dwarf sperm)
Walaupun lapan daripada sembilan spesies cetacean ini disenaraikan sebagai "Least Concern" dalam senarai International Union for Conservation of Nature's Red, Adnan berkata spesies yang disenaraikan memerlukan pemantauan tambahan bagi mencegah risiko penurunan populasi di Malaysia.

Paus Balaenoptera Omurai.
Image via Wikimedia
Ikan lumba-lumba Stenella Coeruleoalba.
Image via WikimediaJabatan terlibat juga akan memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan hidupan liar akuatik melalui Pelan Tindakan Kebangsaan (NPOA) untuk Dugong
Adanan menegaskan, pindaan kepada Akta Perikanan adalah sebahagian daripada usaha DOF untuk memastikan pemuliharaan bersepadu dugong (Dugong dugon) serta spesies lain yang disenaraikan.
Ini akan selaras dengan agenda biodiversiti negara dan ia dijangka akan meluaskan kawasan marin yang dilindungi menjelang 2030.
Beliau berkata DOF komited untuk menambah baik tadbir urus sumber marin melalui pendekatan berasaskan sains, pemantauan dan penyelidikan, selain kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Feresa Attenuata, paus pembunuh Pygmy.
Image via WikimediaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 