9 Perkara Penting Tentang POTA Yang Anda Perlu Tahu
Selepas dibahas selama lebih 12 jam, Dewan Rakyat telah meluluskan POTA atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 bagi membanteras aktiviti keganasan dalam negara.
Cover image via www.rakyattimes.com1. POTA (Prevention Of Terrorism Act) atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 digubal sempena penularan isu keganasan yang mengancam keselamatan negara
2. Ia bertujuan untuk mencegah rakyat Malaysia daripada terlibat dalam apa jua aktiviti keganasan yang kini semakin membimbangkan
3. Pihak polis mempunyai hak untuk menangkap sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan tanpa budi bicara
Image via layarbudaklaut.blogspot.com
4. Badan pemerhati hak asasi manusia berkata peruntukan penahanan tanpa bicara menjadikan Malaysia selangkah ke belakang daripada aspek hak asasi manusia
5. Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Rakyat (PR) khuatir POTA akan digunakan terhadap seteru politik, seperti digunakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ISA dimansuhkan
6. Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu
7. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan POTA adalah tidak sama dengan ISA seperti yang didakwa ahli pembangkang
8. DAP mendesak kerajaan supaya tidak mengenepikan suara pembangkang dalam melaksanakan POTA yang dilihat cuba menghidupkan kembali kuasa ISA
9. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata "tak perlu takut pada POTA kalau tak buat salah"
Anda juga mungkin meminati:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

