9 Anggota FRU Disahkan Maut, Kenderaan Dinaiki Bertembung Dengan Lori Muatan Batu

Nahas itu membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota termasuk pemandu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pagi ini

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota termasuk pemandu.

Tambah beliau lagi, difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

"Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa sembilan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.

"Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,"
katanya.

Image via Ihsan Bomba

Image via Ihsan Bomba

Dalam perkembangan terkini, seorang lagi mangsa nahas membabitkan lori sarat dengan muatan batu dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 10 orang

Perkara itu disahkan oleh Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon dan memberitahu pemandu treler berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketika kejadian, katanya, seramai 18 anggota FRU berada dalam trak terbabit dengan lapan daripada mereka terkorban manakala 8 lagi cedera.

"Pemandu lori turut disahkan meninggal dunia, menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 10 orang," katanya.

Image via Ihsan Bomba

Image via Ihsan Bomba

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: