80 Hidangan ‘Dua Benua’ Warnai Bufet Ramadan RSS Di Kuala Lumpur, Gabungan Tradisi Melayu & Barat

Sebanyak 80 jenis lauk-pauk disediakan setiap hari menerusi tiga set menu (Set A, B, dan C) yang akan bergilir-gilir.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Risda Holdings Sdn. Bhd.
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang bulan Ramadan yang mulia, RISDA Security and Services Sdn Bhd (RSS) dengan kerjasama Rumah Makan Patin Pasu tampil memeriahkan suasana berbuka puasa warga kota menerusi bufet bertemakan "Warisan Citarasa Asli 2 Benua"

Bertempat di Dewan Menara Kumpulan RISDA, bufet yang berlangsung dari 23 Februari hingga 18 Mac 2026 ini menawarkan keunikan tersendiri dengan menggabungkan keaslian masakan tradisional Melayu dan kemewahan hidangan Barat di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutif RSS, Putera Sidek, menjelaskan bahawa penganjuran ini merupakan langkah sulung syarikat untuk meneroka sektor katering dan hospitaliti setelah lebih sedekad berpengalaman dalam pengurusan acara.

"Ini adalah kali pertama kami mengorak langkah menganjurkan bufet Ramadan. Pemilihan Rumah Makan Patin Pasu sebagai rakan strategik adalah berdasarkan reputasi mereka yang sangat dipercayai dalam mengekalkan rasa tradisi masakan Melayu asli," ujar beliau.

SAYS.com

Dari kiri; Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Security & Services Sdn Bhd, Putera Sidek, Ketua Pengarah Risda, Zainal Azni Zulkifli, Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib.

Image via Risda Holdings Sdn. Bhd.

80 juadah eksklusif dengan menu berputar

Bagi memastikan pengunjung tidak bosan, Pengasas Bersama Rumah Makan Patin Pasu, Ridzuan Anuar, memaklumkan sebanyak 80 jenis lauk-pauk disediakan setiap hari menerusi tiga set menu (Set A, B, dan C) yang akan bergilir-gilir.

Antara tarikan utama yang wajib dicuba:

  • Sajian Tradisi: Daging salai, itik salai, dan keli salai yang dimasak mengikut resipi turun-temurun.
  • Citarasa Barat: Kambing bakar (roasted lamb), lamb stew, lasagna, serta pelbagai variasi pasta Itali yang disediakan oleh cef bertauliah.
SAYS.com
Image via Risda Holdings Sdn. Bhd.

Dewan Menara Kumpulan RISDA mampu menampung sehingga 500 tetamu dalam satu masa, menjadikannya lokasi ideal untuk majlis berbuka puasa korporat mahupun keluarga. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan live band sepanjang majlis.

Selain itu, antara kemudahan yang disediakan adalah surau yang selesa untuk solat Maghrib dan Tarawih, parkir PERCUMA untuk semua pengunjung dan Suasana dewan yang eksklusif di pusat bandaraya.

Pihak penganjur turut menawarkan harga yang kompetitif serta diskaun menarik untuk tempahan awal atau berkumpulan untuk harga dewasa RM 139, staf & pesara RISDA RM 110, kanak-kanak (7-11 tahun) dan warga emas (60+) RM 88.

Antara tawaran istimewa yang ditawarkan adalah potongan 10% untuk kumpulan 30-40 orang dan 15% bagi tempahan melebihi 41 orang.

Majlis pelancaran bufet ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib dan Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli.

SAYS.com
Image via RISDA Security And Services – RSS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: