8 Perkara ‘Annoying’ Kawan Kita Selalu Buat Menjelang Ramadan
Inilah perkara 'annoying' sering kita jumpa!
Cover image via SAYS1. Upload gambar makanan simple waktu berbuka
Biasalah orang kata bila berbuka tu biarlah bersederhana. Jadi untuk menampakkan mereka ni berbuka *simple-simple* je, 'si polan' ni pun *upload* lah gambar makanan sewaktu berbuka dengan *caption* **"Buka ni je hari ini. Takpa, kita bersederhana. Selamat berbuka!"**
Image via SAYS
2. "Jangan makan depan aku. Hormatlah sikit!"
Ini terjadi apabila kawan *non-muslim* makan di depan 'si polan'. Rasanya tak salah pun kalau kawan-kawan *non-muslim* tu nak makan di mana-mana. Yang berpuasa tu anda, jadi anda lah perlu melatih diri untuk tidak tergoda dengan makanan-makanan tersebut. Tapi nampaknya tak, kawan itu pula disalahkan kononnya tak menghormati anda puasa. Hmmm…
Image via SAYS
3. Sahur tapi tak kejut kawan
Perangai ni datang dari planet mana pun tak tahu. Selalunya terjadi pada mereka yang tinggal serumah atau sebilik. Lebih-lebih lagi *student*. Bangun senyap-senyap je pergi dapur dan makan. Kawan tidur berdengkur sebelah katil sikit pun tak dikejutkan.
Image via kalcubemaster/YouTube
4. Selfie "lupa nak sahur pagi tadi"
*Scroll down* Instagram tiba-tiba anda ternampak gambar rakan anda yang seperti mengalami penyakit serius dengan wajah bermuram durja. Bila baca *caption*…
**"Penatnya…laparnya…lupa nak sahur pagi tadi"**
Hmmm… masa ni dah tak tahu nak *like* ke tidak gambar tu. Rasa kesian pun ada, rasa menyampah lagi lah ada! Kan?
Image via SAYS
5. Done tarawih
Jujurnya, ini sering terjadi kepada kaum perempuan. Mula-mula mereka akan pastikan wajah nampak manis, telekung tertutup satu badan, angkat telefon bimbit atas sikit dan snap!
Dan mungkin *selfie* tersebut diambil beribu-ribu kali. Malah proses memilih gambar juga lama kerana ingin gambar terbaik untuk *upload* di Facebook dan Instagram dengan caption **"Done tarawih"**. Oh ya, hashtag jangan lupa sekali.
**#Donetarawih**
6. Done subuh
Ini memang sering kita lihat di Twitter. Maka selepas masuk sahaja waktu subuh, selang 5 hingga 10 minit, anda akan lihat rakan-rakan anda *tweet* **"Done Subuh"**. Ya, ini bermakna mereka tidak terus tidur ya selepas bersahur. Kena faham tu.
#FollowersPerluTahu
Image via #Donesubuh/Twitter
7. Tanya berkali-kali "sekarang pukul berapa?"
Spesis manusia macam ni memang cukup merimaskan. Lepas setengah jam, setengah jam tanya sudah pukul berapa. Bersabarlah *sikit* orang lain pun berpuasa *jugak*.
8. Ajak iftar sama-sama tapi last-last…
Ramadan pertama saja anda sudah akan menemui ajakan berbuka puasa sebegini. Tambah-tambah lagi dalam *whatsapp group*. Kalau 10 *whatsapp group* yang anda ada, maka 10 *invitation* lah yang anda terima. Tapi tulah, selalunya tak jadi pun plan berbuka puasa bersama ni. *Tup tup* dah raya!
Image via Instagram @aisya_zulaikha


