Ini Dia 8 Aktiviti Di Jogja Bawah RM600 Termasuk Hiking Gunung Merapi 2H1M. Murah!
Semua pun best!
Cover image via TSG #KasiJadiApa yang kami perasan, *our malay communities* di Malaysia sekarang ni sibuk cakap pasal Jogjakarta atau nama lainnya Yogyakarta. Boleh kata, lokasi ni memang tengah *hot* dan menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi selepas tayangan filem 'Ada Apa Dengan Cinta 2' tahun lepas.
*Serious talk*, kalau tanya kawan-kawan atau kenalan-kenalan mahupun skandal-skandal nak melancong ke mana, Jogjakarta mesti menjadi salah satu destinasi pilihan. Kalau sebelum ni kita asyik dengar Bali je. Sekarang ni *taste* orang Malaysia dah *up* dan *rare* sikit.
Tak dinafikan, Jogjakarta memang full of wonders. Daripada candi khazanah dunia, lautan permai, sehinggalah ke gunung-ganang, Jogja ada semuanya!
Bukan tu je, ada macam-macam lagi lah, tak terkira dengan jari tangan dan kaki sebab banyak sangat tempat-tempat yang *best*.
Kalau setakat nak pergi Jogja untuk 3 hari je, lebih baik lupakan niat tu. Membazir dan rugi je rasa. Sebab kat Jogja ni ada macam-macam benda untuk diterokai. Kenalah *stay* seminggu kat sana dan pusing puas-puas. Baru berbaloi!
Tapi, 7 hari pun belum tentu cukup kot. Haha.
Lagi satu, ramai orang suka kat Jogja ni sebab murah. Murah sangat!
Bayangkan, ada orang pernah buat *trip* ke Jogja untuk 4 hari 3 malam tak sampai RM450 siap *flight*. Macam tak logik kan? Tapi masa tu dia beli *flight* AirAsia RM68 je pergi balik sebab ada *promotion* kaw-kaw.
Korang boleh tengok sendiri Facebook [Izyan Afiqah](https://www.facebook.com/izyan.afiqah/media_set?set=a.982103891837194.1073741846.100001127772918&type=3&__mref=message_bubble) dan baca segala itinerari yang dia dah senaraikan. Kami sendiri terkejut!
Selalunya bajet akan melebihi RM500 kalau *flight* mahal. *But that's not the point.* *The point is*, Jogja ni memang *legit* murah, dari segi penginapan, makan minum, jalan-jalan, pas masuk ke sana sini, semuanya bersesuaian dengan bajet ciput seorang *backpacker* kedekut macam kami.
Nak tahu betapa murahnya Jogja, kami rasa terpanggil untuk senaraikan 8 aktiviti yang korang boleh buat di sana dengan bajet tak sampai RM600!
Lepas tengok *post* dari saudari Izyan Afiqah tu, kami dari **[TSG #KasiJadi](https://www.instagram.com/tsgkasijadi/)** terus ligat membuat *extensive research* dari pagi sampai ke malam 7 hari 7 malam tentang Jogjakarta sebab kami nak tahu sendiri sejauh mana tahap "kemurahan" destinasi popular itu.
Dan akhirnya, kami dapat jugak hasilkan itinerari 8 aktiviti yang hanya memakan duit tak sampai RM600 selama 7 hari 6 malam. Jom usha kat bawah:
1. Paragliding di Pantai Parangtritis (dibuka pada Disember-April sahaja)
Kos *paragliding*: **Rp. 500,000 satu kepala**
Rasa macam nak menangis tengok harga sebab murah sangat. Serius murah! Korang akan *take off* dari atas *cliff* di Pantai Parangtritis *overlooking the ocean*, pastu terbang selama lebih kurang 15 minit sambil dapat *view* laut dan bukit yang sangat *awesome pawesome!* Lepas tu *landing* kat kawasan pantai. Seronok!
**Dalam Ringgit = RM162**
Image via Agam Budi/YouTube
2. Catching the heaven's light di Jomblang Cave
Kos masuk Jomblang Cave: **Rp. 450,000 satu kepala**
Kos termasuk:
– Makan tengahari
– *equipments and guiders*
Nak masuk gua ni kena pakai *safety equipments* untuk turun ke bawah sedalam 80 meter ala-ala *abseiling*. Kalau kena dengan masa (dari 10 pagi hingga 2 petang), korang boleh tengok *sun rays* yang memukau sedang memancar dan bersinar ke dalam gua melalui bukaan kecil dari atas. Memang tak ada kat tempat lain dan sangat *rare*!
**Dalam Ringgit = RM146**
Image via Yogya Bacpacker
3. Kalisuci Cave Tubing
Kos ekspedisi Kalisuci Cave Tubing: **Rp. 70,000 satu kepala** (kena 5 orang dan ke atas)
Kos termasuk:
– *Cave tubing adventure* selama hampir 2 jam
– Hidangan mee dan teh panas selepas aktiviti
Kat Jogja ni ada dua *cave tubing* yang korang boleh *try* sebenarnya; satu kat Goa Pindul satu lagi kat Kalisuci. Tapi orang kata Kalisuci ni lagi *extreme* dan mencabar sebab air deras dan padu. *So*, kami pun nak *recommend* yang ini jugaklah.
**Dalam Ringgit = RM23**
Image via Wisata Kita
Image via tempat.co.id
4. Kalibiru National Park
Pas masuk ke Kalibiru National Park: **Rp. 5,000 satu kepala**
Kat sini, udara sangat segar, sejuk dan tenang, memang sesuai untuk *relax* dan dekatkan diri dengan alam jauh dari hiruk pikuk kota Jogjakarta. Tak payah banyak cerita, *view* kat sini memang terbaik!
**Dalam Ringgit = RM1.60**
Image via TSG #KasiJadi
Image via Instagram @qbels
5. Sandboarding di Gumuk Pasir Parangkusumo
Kos *sandboarding*: **Dari Rp. 50,000 ke Rp. 150,000 satu kepala**
Nak cuba aktiviti luncur pasir atau *sandboarding*? Tak payah nak pergi ke Australia atau South Africa dah, kat Jogja pun ada! Korang je yang tak tahu. Hihi.
**Dalam Ringgit = Dari RM16 ke RM49**
Image via Go Indonesia
6. Ber-posing dalam air tawar di kolam Umbul Ponggok
Pas masuk: **Rp. 5,000 satu kepala**
Kos *snorkeling*: **Rp. 10,000 satu kepala**
Sekali pandang, ingatkan macam *swimming pool* biasa. Tapi korang akan terkejut bila tengok apa yang ada kat dalam air. Korang pernah tak tengok dalam kolam ada khemah, ada tv, ada basikal, ada vespa, ada kereta, dan ada macam-macam lagi *props* untuk korang bergambar yang turut dipenuhi dengan ikan-ikan warna-warni berenang riang. Yang ini memang lain dari yang lain. *Brilliant* sungguh idea!
**Dalam Ringgit = RM5**
Image via Instagram @khrdhy7777
7. Naik gondola di Pantai Timang
Kos naik gondola: **Rp. 200,000 satu kepala**
*Not for the faint hearted. I repeat, not for the faint hearted!* Tengok gambar dah rasa *scary* apatah lagi bila naik gondola ni. Bayangkan tali kabel yang menggantung gondola ni seperti 'hidup segan mati tak mahu' dan segalanya dipasang, diikat, dibelit secara DIY dengan menggunakan tangan sahaja oleh orang lokal di sana. Pehh!
Kalau kena pukul ombak masa tengah *cross* tu, nasib kau lah. 😛
**Dalam Ringgit = RM65**
Image via Instagram @alvin.effendy
8. Hiking gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi untuk 2 hari 1 malam
Kos mendaki Gunung Merapi: **Rp. 450,000 satu kepala**
Kos termasuk:
– Pengangkutan dari hotel
– Bayaran permit Taman Negara dan derma penanaman semula hutan untuk Gunung Merapi
– *Guider*
– Minuman kopi atau teh sebelum mendaki
– Air mineral 600 ml
– Sarapan (*pancake*/nasi goreng/etc)
Korang akan diangkut dari hotel masing-masing pada pukul 10 malam dan mula mendaki dari Kampung Selo (1500 meter dari aras laut) lebih kurang pukul 12 malam atau 1 pagi. Jarak Kampung Selo ke puncak Gunung Merapi adalah 8 kilometer dan biasanya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. Lepas dah *hike*, balik semula ke Jogjakarta pada pukul 1 petang.
**Dalam Ringgit = RM146**
Image via Instagram @aji_parjuk
Image via Instagram @rossoneri.94
So, total cost daripada 8 aktiviti ni lepas kami tambah akan jadi RM598 sahaja. Tak sampai RM600!
Lepas tu, kat Jogja ni ada macam-macam benda lagi nak kena *explore*. Ini belum masuk pergi *waterfall* magik, pergi kawasan Dieng yang sangat cantik, pergi hutan pinus, pergi candi-candi macam Borobudur dan Prambanan, pergi naik Gunung Merbabu atau Gunung Sindoro, dan macam-macam lagi. Jogjakarta serius banyak gilaaaaa benda korang boleh buat.
Tapi *of course*, ini hanya harga untuk beraktiviti sahaja ya. Kos sememangnya tak termasuk *flight*, hotel, makan, supir, *shopping*, jalan-jalan, dan lain-lain, tertakluk kepada perbelanjaan korang. Lagi banyak belanja, lagi besarlah bajetnya.
Dan berdasarkan research yang kami buat ni, jumlah hari yang diperlukan untuk complete-kan kesemua 8 aktiviti adalah selama 7 hari 6 malam.
Kalau tengok peta kat atas ni, kami dah tandakan kesemua 8 *spot* tersebut, siap ada lebih lagi. Lokasi dari satu tempat ke satu tempat lain memang kebanyakannya jauh-jauh belaka. Tapi ada jugak yang dekat macam *paragliding* di Parangtritis dan Gumuk Pasir Parangkusumo, serta Kalisuci dan Jomblang Cave.
Umbul Ponggok dan Gunung Merapi pun tak jauh sangat. Yang *'special region of Yogyakarta'* kat tengah tu lah terletaknya pekan Malioboro yang *happening*!
Korang boleh jadikan jadual itinerari kami kat bawah ni sebagai *reference* bila nak pergi ke Jogja nanti:
**Day 1 – Sampai dah malam & tidur
Day 2 – Jomblang Cave & Kalisuci water tubing
Day 3 – Umbul Ponggok & mula mendaki Gunung Merapi
Day 4 – Pendakian Gunung Merapi tamat
Day 5 – Timang Beach & Pantai Nglambor
Day 6 – Paragliding & sandboarding
Day 7 – Kalibiru National Park & balik (tu pun kalau sempat)**
Rasanya, ini je kot buat masa sekarang. Okay, *have fun* ber-*explore* di Jogjakarta bersama teman-teman kalian! 😀
Psstt…jangan lupa ajak kami ya. 😉

